X
Jumaat, 20 March 2020 | 2:35pm
Franco Morbidelli.
Franco Morbidelli.

Morbidelli belajar alat muzik

KUALA LUMPUR: Meskipun mengakui banyak perancangan tergendala akibat COVID-19 namun pelumba PETRONAS Yamaha) Sepang Racing Team (PETRONAS Yamaha SRT), Franco Morbidelli menggunakan ruang masa di rumahnya di Itali untuk mempelajari alat muzik.

Pelumba kelahiran Rome yang ketika ini turut menjalani sekatan pergerakan akibat wabak berkenaan berkata, dia masih melakukan latihan fizikal bagi memastikan dirinya kekal cergas selain menggunakan masa di rumah mempelajari alat muzik seperti harmonika dan ‘cajon’.

“Saya tidak boleh mengikuti perancangan yang kami aturkan sepenuhnya tetapi dengan masa yang ada di rumah, ini bermakna saya boleh mencuba beberapa perkara yang saya terpaksa ketepikan sebelum ini kerana di sepanjang tugas ketika musim perlumbaan, saya tidak mempunyai masa untuk melakukannya.

“Saya mempunyai beberapa alat (muzik) dan saya cuba belajar untuk bermain dengan peralatan ini. Ia bukan mudah!. Saya perlu berlatih dengan banyak!. Mungkin pada akhirnya (selepas isu COVID-19), saya mampu bermain harmonika dan cajon ini. Itali adalah sebuah negara yang terjejas teruk dengan wabak COVID-19, membabitkan 3,405 kematian.

“Mesej saya kepada seluruh rakyat Itali dan semua yang berada dalam situasi sama di seluruh dunia adalah supaya bertenang dan patuh dengan apa yang diarahkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Manfaat dan nikmati waktu di rumah dan gunakannya sebaik-sebaiknya. Kita boleh melakukan banyak perkara di rumah yang sebelum ini kita tidak mempunyai banyak masa untuk melakukannya,” kata pelumba kelas MotoGP berusia 25 tahun itu.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Kabinet Malaysia 2020

    Berita Harian X