X
Khamis, 19 March 2020 | 9:31pm
HAFIZH Syahrin memuat naik video menimang tisu di Instagram miliknya.
HAFIZH Syahrin memuat naik video menimang tisu di Instagram miliknya.

Hafizh pun timang tisu

KUALA LUMPUR: Cabaran 'timang tisu' menjadi ‘trending’ dalam kalangan pemain bola sepak susulan penangguhan saingan liga di kebanyakan negara termasuk Malaysia.

Cabaran itu dikatakan tercetus sebagai mengisi masa lapang ketika perintah kawalan pergerakan susulan kebimbangan mengenai penularan COVID-19.

Malah, atlet sukan permotoran dua roda negara, Hafizh Syahrin Abdullah turut tidak ketinggalan melakukan cabaran itu selepas memuat naik video menimang tisu di Instagram miliknya.

Selain Hafizh, pemain import Melaka United, Romel Morales turut dilihat melakukan perkara sama di Instagram.

Bukan saja di Malaysia, Bintang Manchester United, Anthony Martial turut dilaporkan menyertai "Cabaran Duduk Di Rumah" dengan menunjukkan kemahirannya - dengan segulung tisu tandas dan bukan dia seorang sahaja bintang melakukannya.

Martial melakukan apa yang dibuat rakan sepasukan di Old Trafford, Bruno Fernandes semalam dengan caranya sendiri.

Mason Mount - bersama rakan sepasukan Chelsea, Tammy Abraham - juga menunjukkan kepada media sosial usaha dilakukan mereka.

Pasangan Real Madrid, Marcelo and Isco - bersama bekas kapten Liverpool, Jamie Carragher melakukan cabaran berkenaan hari ini dalam usaha mengurangkan rasa bosan di rumah.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Kabinet Malaysia 2020

    Berita Harian X