X
Khamis, 12 March 2020 | 8:31pm

McLaren tarik diri GP Australia

MELBOURNE: McLaren menarik diri daripada perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Australia, hujung minggu ini selepas ahli pasukan itu disahkan positif COVID-19.

Kes terbaru membabitkan ahli pasukan McLaren itu adalah susulan daripada empat kru daripada satu lagi pasukan F1, Haas yang dikuarantin akibat wabak berkenaan.

"Ahli pasukan menjalani ujian dan diasingkan sebaik mereka mula menunjukkan simptom dan kini dirawat oleh pihak berkuasa kesihatan tempatan," kata McLaren dalam satu kenyataan dikeluarkan, hari ini.

"Pasukan sudah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan dan akan memberi sokongan yang berterusan untuk ahli pasukan yang kini akan memasuki tempoh kuarantin. 

"Pasukan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan yang berkaitan untuk membantu siasatan dan analisis mereka."

McLaren dan Haas adalah dua pasukan yang berpangkalan di Britain.

Juara dunia, Lewis Hamilton berkata dia terkejut selepas perlumbaan GP Australia tetap diteruskan biarpun berdepan dengan ancaman COVID-19.

Pemandu McLaren itu membidas penganjur yang disifatkan lebih mementingkan keuntungan berbanding keselamatan orang awam. - REUTERS

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X