Rabu, 12 Februari 2020 | 9:20am
Foto oleh Ferrari Press Office menunjukkan Ketua Eksekutif Ferrari, John Elkann (kiri) bercakap sebagai Ketua Ferrari Team, Mattia Binotto (kanan), pemandu Ferrari Monagascan Formula One, Charles Leclerc (empat dari kanan) dan Pemandu Formula Satu Ferrari dari Jerman, Sebastian Vettel memandang semasa pembukaan Ferrari Formula Satu baru SF1000 semasa majlis di Teatro Romolo-Valli di Reggio Emilia. - Foto AFP

Ferrari tetap pilih Vettel

REGGIO EMILIA, Itali: Pengurus pasukan Ferrari, Mattia Binotto menegaskan Sebastian Vettel kekal sebagai pilihan utama pasukan berkenaan untuk musim seterusnya biarpun Lewis Hamilton dikaitkan akan menyertai pasukan dari Itali itu musim depan.

“Seb adalah pilihan utama kami,” kata Binotto ketika majlis memperkenalkan jentera baharu pasukan itu SF1000 bagi musim 2020 di Reggio Emilia dekat Utara Itali.

Vettel, 32, menyertai Ferrari pada 2015 dan kontrak pemandu Jerman itu akan berakhir pada hujung musim ini sama seperti juara dunia, Hamilton bersama Mercedes.

“Kami hanya fokus kepada pemandu kami. Kami memikirkan mengenainya buat masa sekarang.

“Kami sudah bercakap dengan Seb dan kami akan mengambil masa yang diperlukan. Fokus kami adalah kepada jentera dan sesi ujian, akan ada masa untuk perkara lain,” kata Binotto.

Sementara itu, Vettel yang diminta mengulas mengenai perkara sama berkata: “Saya fikir adalah lebih baik memberikan tumpuan terhadap apa yang ada sekarang dan detik yang sudah berlaku akan berlalu.

“Kami akan mempunyai masa untuk perkara itu.

Pemandu kedua Ferrari, Charles Leclerc melanjutkan kontrak bersama Scuderia sehingga 2024. – AFP

Foto ini diambil dan diberikan oleh Pejabat Akhbar Ferrari pada 11 Februari, 2020 menunjukkan Ferrari Formula Satu baru SF1000 semasa majlis perasmiannya di Teatro Romolo-Valli di Reggio Emilia. - Foto AFP

Berita Harian X