Sabtu, 30 November 2019 | 7:33pm
Penunggang negara, Md Zaqhwan Zaidi ceria di podium selepas mengungguli perlumbaan pertama pusingan kemuncak Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2019 kelas elit Asia Superbike 1000cc di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand, hari ini.

Penunggang negara, Md Zaqhwan Zaidi (tengah) ceria di podium selepas mengungguli perlumbaan pertama pusingan kemuncak Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2019 kelas elit Asia Superbike 1000cc di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand, hari ini.

Zaqhwan (21) yang mewakili pasukan HONDA Asia Dream Racing With Showa melepasi garisan penamat dengan catatan masa 20 minit 56.778 saat.
Zaqhwan (21) yang mewakili pasukan HONDA Asia Dream Racing With Showa melepasi garisan penamat dengan catatan masa 20 minit 56.778 saat.

Zaqhwan, Adam takluk Buriram

KUALA LUMPUR: Penunggang negara, Md Zaqhwan Zaidi mengungguli perlumbaan pertama pusingan kemuncak Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2019 kelas elit Asia Superbike 1000cc di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand, hari ini.

Turut cemerlang seorang lagi wakil negara, Adam Norrodin yang memenangi perlumbaan pertama kelas SuperSports 600cc dengan seorang lagi pelumba negara, Kasma Daniel Kasmayudin turut melengkapkan saingan di kedudukan podium dalam kategori sama.

Zaqhwan yang mewakili pasukan HONDA Asia Dream Racing With Showa melepasi garisan penamat dengan catatan masa 20 minit 56.778 saat (s) dengan pencabar kejuaraan Asia, Azlan Shah Kamaruzaman menamatkan perlumbaan 13 pusingan itu di tempat kedua.

Keputusan itu menyaksikan Azlan yang berlumba bersama pasukan ONEXOX TKKR SAG Team ketika ini hanya dibezakan dengan tiga mata daripada pendahulu keseluruhan kelas Asia Superbike 1000cc, Broc Parkes dari Australia menuju perlumbaan terakhir, esok. 

Parkes yang mewakili YAMAHA Racing Team ASEAN bergelut untuk menampilkan perlumbaan terbaik apabila sekadar menamatkan perlumbaan pertama di tangga ke-12 dengan pelumba Thailand, Thitipong Warokorn melengkapkan kedudukan podium di Buriram.

Pelumba negara, Adam Norrodin (tengah) memenangi perlumbaan pertama kelas SuperSports 600cc di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand, hari ini.
Pelumba negara, Adam Norrodin (tengah) memenangi perlumbaan pertama kelas SuperSports 600cc di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand, hari ini.

Pelumba negara, Adam Norrodin bergambar bersama rakan sepasukan dan staf di SIC Junior ZK Racing Team selepas memenangi perlumbaan pertama kelas SuperSports 600cc di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand, hari ini.

Sementara itu, Adam yang mewakili SIC Junior ZK Racing Team menamatkan 12 pusingan perlumbaan dengan catatan 19 minit 58.355s manakala pelumba tuan rumah, Peerapong Boonlert yang juga juara Asia dari YAMAHA Thailand Racing Team di kedudukan kedua.

Mengulas kejayaan yang diraihnya hari ini, Adam menegaskan dia belum mahu berasa selesa dengan kejayaan itu kerana perlu memberi fokus sepenuhnya untuk perlumbaan kedua, esok.

"Menamatkan perlumbaan di tempat pertama adalah perasaan yang sangat menakjubkan. Saya melakukan perancangan yang baik dan saya tidak tahu bagaimana mahu mengucapkan terima kasih kepada pasukan.

"Mereka melakukan tugas yang sangat hebat dan bekerja keras sepanjang minggu ini. Saya sangat gembira berkerja dengan mereka. Namun, kami masih ada satu lagi tugas esok dan kami akan berikan segala-galanya yang kami ada," kata Adam selepas perlumbaan.

Berita Harian X