Jumaat, 15 November 2019 | 11:43am
Pelumba Mercedes AMG PETRONAS, Valtteri Bottas (kanan) bersama pemandu pemandu Renault, Daniel Ricciardo pada sidang akhbar di Sao Paulo, Brazil. - Foto REUTERS

Bottas ada pelan tewaskan Hamilton tahun depan

SAO PAOLO, Brazil: Pelumba Mercedes AMG PETRONAS, Valtteri Bottas berkata dia memiliki pelan rahsia untuk menewaskan ‘raja’ Formula Satu (F1), Lewis Hamilton musim depan.

Bottas yang terpaksa menghuni tangga kedua di belakang juara dunia enam kali, Hamilton tahun ini berkata, dia akan mengikut naluri dan memberi tumpuan terhadap kekuatan yang dipercayainya mampu mengatasi pemandu Britain itu, selepas ini.

“Saya mempunyai perancangan untuk mencari jalan berbeza bagaimana untuk mencapai matlamat saya,” kata pemandu Finland itu menjelang Grand Prix (GP) Brazil, hari ini.

“Saya lebih suka melakukan perbincangan di litar dan jika saya mampu mengekalkan prestasi saya dan menggunakan segala tenaga terhadap prestasi saya, bermakna ia adalah terbaik untuk saya.

“Jika saya boleh beraksi di tahap yang saya mahukan, kebiasaannya ia akan menyebabkan pelumba di garaj sebelah sedikit mara dan saya juga tahu ia boleh boleh membawa kepada kamu melakukan kesilapan.

“Saya mempunyai perancangan untuk tahun depan, tapi saya tidak akan berkongsi mengenainya, tapi kita akan mengetahuinya,” kata Bottas sambil menjelaskan mahu memberi tumpuan bersama jurutera perlumbaan dan berpuas hati dengan perkembangannya.

“Secara keseluruhan, ini adalah musim yang terbaik untuk  dalam F1, tapi masih bukan musim yang saya sasarkan. Saya perlu lebih konsisten dan kurangkan kesilapan, tetapi masih ada perkara yang memberikan perasaan baik serta keyakinan pada masa depan.”

Bottas menjadi rakan sepasukan Hamilton selama tiga tahun di mana pemandu dari Inggeris itu bergelar juara dunia dan kejuaraan keenam dilengkapkan menerusi kemenangan di Texas dua minggu lalu berbaki dua lagi perlumbaan. -AFP

Berita Harian X