Sabtu, 2 November 2019 | 6:19pm
FABIO Quartararo. - Foto BERNAMA

Quartararo rangkul petak utama, Marquez kemalangan

SEPANG: Penunggang PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team (PETRONAS Yamaha SRT), Fabio Quartararo merangkul petak utama perlumbaan Grand Prix (GP) Malaysia ketika juara dunia, Marc Marquez mengalami kemalangan.

Pelumba berusia 20 tahun itu yang tampil selaku pencabar utama Marquez musim ini mencatatkan masa terpantas sesi kelayakan 1 minit 58.303 saat (s) untuk mengesahkan petak utama di grid.

Pelumba Sepanyol, Maverick Vinales merekodkan masa kedua terpantas, ketinggalan 0.103s manakala seorang lagi pelumba PETRONAS SRT, Franco Morbidelli dari Itali melengkapkan barisan hadapan untuk Yamaha.

Quartararo dari Perancis setakat ini menampilkan prestasi dominan di Litar Antarabangsa Sepang yang dianggap laman sendiri selepas mencatatkan masa terpantas di awal sesi kelayakan sebelum Vinales memberi cabaran.

Tetapi pelumba muda itu mencipta masa terpantas di saat-saat akhir untuk mengecewakan pencabar dari pasukan Monster Energy Yamaha itu untuk meraih petak utama kelimanya musim ini.

Prestasi di Sepang jelas menggembirakan Quartararo yang sebelum ini terjatuh ketika perlumbaan GP Australia minggu lalu.

Marquez yang mengesahkan gelaran dunia keenamnya bulan lalu berdepan situasi sukar apabila dia terbabas di selekoh kedua yang memaksanya untuk memulakan perlumbaan di petak ke-11, esok. - AFP

Kedudukan petak perlumbaan MotoGP 

1. Fabio Quartararo (FRA) Petronas Yamaha SRT, 1:58.303s 

2. Maverick Vinales (ESP) Monster Energy Yamaha MotoGP, 1:58.406s

3. Franco Morbidelli (ITA) Petronas Yamaha SRT, 1:58.432s

4. Jack Miller (AUS) Pramac Racing, 1:58.725s

5. Cal Crutchlow (GBR) LCR Honda Castrol, 1:58.951s

6. Valentino Rossi (ITA) Monster Energy Yamaha MotoGP, 1:59.000s

7. Alex Rins (ESP) Team Suzuki Ecstar, 1:59.090s 

8. Danilo Petrucci (ITA) Ducati Team, 1:59.097s

9. Johann Zarco (FRA) LCR Honda Idemitsu, 1:59.139s

10. Andrea Dovizioso (ITA) Ducati Team, 1:59.173s

11. Marc Marquez (ESP) Repsol Honda Team, 1:59.178s

12. Francesco Bagnaia (ITA) Pramac Racing, 1:59.640s 

13. Cal Crutchlow (GBR) LCR Honda Castrol, 1:59.216s

14. Danilo Petrucci (ITA) Ducati Team, 1:59.336s

15. Joan Mir (ESP) Team Suzuki Ecstar, 1:59.374s

16. Aleix Espargaro (ESP) Aprili Racing Team Gresini, 1:59.435s

17. Pol Espargaro (ESP) Red Bull KTM Factory Racing, 1:59.812s

18. Karel Abraham (CZE) Reale Avintia Racing, 2:00.072s

19. Andrea Iannone (ITA) Aprilia Racing Team Gresini, 2:00.205s

20. Jorge Lorenzo (ESP) Repsol Honda Team, 2:00.478s

21. Mika Kallio (FIN) Red Bull KTM Factory Racing, 2:00.644s

22. Hafizh Syahrin (MAS) Red Bull KTM Tech 3, 2:01.045s

Berita Harian X