Sabtu, 2 November 2019 | 6:18pm
MARCOS Ramirez. - Foto AFP

Moto3: Ramirez raih petak utama, McPhee ketiga

SEPANG: Marcos Ramirez daripada pasukan Leopard Racing akan memulakan perlumbaan di petak pertama esok selepas mencatat masa terpantas dalam sesi kelayakan perlumbaan kelas Moto3 Grand Prix (GP) Malaysia 2019 di Litar Antarabangsa Sepang.

Pelumba Sepanyol itu merekodkan masa dua minit, 11.758 saat (s).

Pelumba Jepun Tatsuki Suzuki daripada pasukan SIC58 Squadra Corse ketinggalan hanya 0.127s di belakang Ramirez, akan bermula di petak kedua.

Pelumba pasukan tuan rumah, PETRONAS Sprinta Racing, John McPhee pula menduduki petak ketiga dengan masa  2:11.990s manakala rakan sepasukannya Ayumu Sasaki dari Jepun akan memulakan perlumbaan di petak kelapan selepas mencatat masa 2:12.369s. - BERNAMA

Berita Harian X