Ahad, 6 Oktober 2019 | 4:39pm
Marquez mengesahkan gelaran juara dunia MotoGP buat kali keenam. - Foto AFP
Marquez mengungguli saingan GP Thailand. - Foto AFP

Marquez sahkan gelaran juara dunia MotoGP

BURIRAM, Thailand: Pelumba Sepanyol, Marc Marquez mengesahkan gelaran juara dunia MotoGP buat kali keenam selepas dia mengungguli saingan Grand Prix (GP) Thailand, sebentar tadi.

Pelumba Repsol Honda Team itu hanya perlu mengutip lebih dua mata berbanding pencabar terdekatnya dari Ducati, Andrea Dovizioso bagi mengesahkan gelaran juara dunia keempat berturut-turut.

Dovizioso terpaksa akur apabila dia sekadar menamatkan perlumbaan di Litar Antarabangsa Chang itu di tempat keempat.

Dengan kelebihan mata yang diraihnya ketika ini, adalah sukar buat Dovizioso untuk memintas kedudukan Marquez yang mendahului carta kejuaraan biarpun berbaki empat perlumbaan lagi musim ini.

Pada perlumbaan hari ini, tempat kedua menjadi milik Pelumba PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team, Fabio Quartararo manakala Maverick Vinales dari Monster Energy Yamaha MotoGP ketiga. - Reuters

Berita Harian X