Sabtu, 13 Julai 2019 | 11:19pm
Pemandu Mercedes 'Valtteri Bottas (kanan) memenangi anugerah kedudukan teratas daripada penyanyi British, Mabel selepas sesi kelayakan di litar perlumbaan motor Silverstone di Silverstone, England. - Foto AFP

Bottas sambar petak hadapan GP Britain

SILVERSTONE, United Kingdom: Valtteri Bottas akan memulakan perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Britain, esok di kedudukan pertama.

Pemandu Mercedes itu mencatat masa terpantas satu minit 25.093 saat pada sesi ujian kelayakan, sebentar tadi sekali gus mengetepikan rakan sepasukannya, Lewis Hamilton yang juara pendahulu kejuaraan dunia ketika ini.

Hamilton terpaksa berpuas hati bermula di kedudukan petak kedua selepas dibezakan 0.006s di belakang Bottas.

Sementara itu, pemandu Ferrari, Charles Leclerc muncul pemandu ketiga terpantas diikuti pemandu Red Bull, Max Verstappen yang muncul juara GP Austria, dua minggu lalu.

Rakan sepasukan Verstappen, Pierre Gasly akan bermula di petak kelima, diikuti juara dunia empat kali, Sebastian Vettel yang akan memulakan saingan di petak keenam bersama Ferrari. - AFP

Berita Harian X