Sabtu, 4 Mei 2019 | 6:56pm
Ahmad Afif Amran dari pasukan Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing menjuarai kategori CP150 (tengah) Md Akid Aziz dari Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor mencatat masa kedua (kiri) Tempat ketiga pula dimenangi Md Izzat Zaidi Md Salehan, dari Motul Yamaha YY Pang Racing (kanan) pada pusingan ketiga Cub Prix Malaydia Petronas di Litar Lumba Tangkak, Johor Bahru. - Foto Mohd Azren Jamaludin
Ahmad Afif Amran dari pasukan Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing menjuarai kategori CP150 (tengah) Md Akid Aziz dari Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor mencatat masa kedua (kiri) Tempat ketiga pula dimenangi Md Izzat Zaidi Md Salehan, dari Motul Yamaha YY Pang Racing (kanan) pada pusingan ketiga Cub Prix Malaydia Petronas di Litar Lumba Tangkak, Johor Bahru. - Foto Mohd Azren Jamaludin

Ahmad Afif juara CP150 di Tangkak

TANGKAK: Pelumba pasukan Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing, Ahmad Afif Amran meraih kemenangan pertama musim 2019 apabila menjuarai pusingan tiga kelas CP150 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS di Litar Lumba Tangkak di sini, hari ini.

Pelumba dari Terengganu itu mencatat masa 14’55.133 saat (s) sekaligus mengumpul 25 mata selepas menewaskan pelumba lain dalam perlumbaan 20 pusingan dengan jarak 20.5 kilometer itu.

Pelumba Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor, Md Akid Aziz memenangi tempat kedua dengan catatan 14.56s manakala Md Izzat Zaidi Md Salehan dari Motul Yamaha YY Pang Racing melengkapkan kedudukan podium dengan catatan masa 14.57s.

Dalam perlumbaan itu, tumpuan diberikan kepada pelumba Idemitsu Honda Yuzy Racing, Azroy Hakeem Anuar yang  memburu kemenangan hatrik saingan Cub Prix tahun ini selepas menjuarai pusingan pertama dan kedua.

Malangnya, Azroy Hakeem terjatuh pada selekoh pertama di pusingan pertama menyebabkannya ketinggalan jauh di belakang.

Walaupun beraksi cemerlang dan berjaya memintas beberapa pelumba lain, Azroy terpaksa berpuas hati dengan kedudukan ke-11 dan hanya mengumpul lima mata.

Ahmad Afif ketika ditemui berkata, menaruh harapan untuk mengekalkan kejuaraan keseluruhan pertandingan Cub Prix Malaysia Petronas, tahun ini.

Dia yang juga juara bertahan berkata, akan terus memperbaiki fizikal dan mental serta memperhebatkan skil perlumbaan pada masa akan datang.

"Saya benar-benar tidak menyangka Azroy Hakeem akan terjatuh di simpang pertama. Melihat keadaan itu, saya hanya menyelamatkan diri dan paling penting mengumpul mata.

"Apa yang berlalu, jika ada peluang ke depan, saya akan rebut ke depan dan akhirnya menjuarai CP150," katanya.

Sementara itu, Penunggang pasukan Motul Yamaha YY Pang Racing, Mohd Adib Rosley menjuarai kelas CP115 dengan tempat kedua menjadi milik Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff (Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing).

Rakan sepasukan Adib, Md Khairi Asyraf Mahmood melengkapkan kedudukan podium.

 

KEPUTUSAN CP150

1. Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing, 14’55.133s

2. Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor, 14’56.549s

3. Md Izzat Zaidi Md Salehan (SGR) Motul Yamaha YY Pang Racing, 14’57.676s

4. Md Aiman Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha –CKJ Racing, 14’58.358s

5. Md Azhar Abd Jalil (SGR) Motul Yamaha YY Pang Racing, 15’02.135s

Kedudukan Keseluruhan

1. Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing, 58 mata (m)

2. Azroy Hakeem Anuar (SGR) Idemitsu Honda Yuzy Racing, 55m

3. Ahmad Fazrul Sham (PRK) AHM Motorsports Yamaha Racing, 33m

4. Md Izzat Zaidi Md Salehan (SGR) Motul Yamaha YY Pang Racing, 33m

5. Md Zaqhwan Zaidi (SGR) Idemitsu Honda Yuzy Racing, 31m

 

 

Berita Harian X