Sabtu, 13 April 2019 | 1:14pm
Franco Morbidelli
Franco Morbidelli
Fabio Quartararo
Fabio Quartararo

Morbidelli, Quartararo pamer kemajuan di Austin

KUALA LUMPUR: Penunggang Pasukan PETRONAS Yamaha Sepang Racing, Franco Morbidelli dan Fabio Quartararo berada dalam kelompok 10 terbaik pada hari pertama sesi latihan bebas menjelang saingan MotoGP di Grand Prix (GP) Amerika Syarikat, di Austin, Texas esok.

Morbidelli berada di kedudukan kelapan dengan ketinggalan 0.691 saat di belakang pendahulu dari Yamaha, Maverick Vinales yang mencatat 2 minit 3.857s.

Sementara Quartararo yang pernah menduduki podium pertamanya dalam saingan Moto3 di litar yang sama, berada di tangga kesembilan mencatatkan masa 2:04.589s bagi meneruskan persembahan mengagumkan mereka sejak permulaan musim.

"Hari ini adalah permulaan yang sukar kerana kami berdepan sedikit masalah jadi saya rasa ia memperlahankan sedikit perkembangan kami. Biarpun begitu, kami berjaya berada dalam kelompok 10 terbaik dengan catatan masa terpantas yang menghasilkan keputusan baik," kata Morbidelli.

Namun baginya masih banyak ruang untuk diperbaiki kerana perlu memahami litar itu sepenuhnya menjelang perlumbaan sebenar.

"Kami harungi kesukaran hari ini susulan jalan yang terdapat banyak bonggol, kami dapat mengatasinya hanya di penghujung latihan dan kami akan terus berusaha untuk esok," katanya.

Quartararo berkata beliau melakukan kesilapan pada dua catatan terpantasnya dan mengakui litar itu agak sukar. 

Keputusan sesi latihan bebas MotoGP

1. MAVERICK VINALES (Yamaha) 2:03.857s

2. MARC MARQUEZ (Honda) +0.044

3. VALENTINO ROSSI (Yamaha) +0.146

4. JACK MILLER (Ducati) +0.148

5. CAL CRUTCHLOW (Honda) +0.261

6. ALEX RINS (Team Suzuki Ecstar) +0.496s

7. Pol Espargaro (Red Bull KTM Factory Racing) +0.507s

8. FRANCO MORBIDELLI (PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team) +0.691

9. FABIO QUARTARARO (PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team) +0.732

10. Francesco Bagnaia (Pramac Racing) +0.773s

Berita Harian X