Khamis, 28 Februari 2019 | 12:52pm
Jentera Sebastian Vettel dibawa keluar dari litar selepas terbabit kemalangan ketika sesi latihan pagi tadi. - Foto Reuters
Jentera Sebastian Vettel dibawa keluar dari litar selepas terbabit kemalangan ketika sesi latihan pagi tadi. - Foto Reuters

Vettel kemalangan, Sainz catat masa terpantas

BARCELONA: Sebastian Vettel berdepan detik cemas apabila terbabit kemalangan ketika sesi latihan pagi tadi tatkala rakannya dari pasukan McLaren, Carlos Sainz mencatat masa terpantas di Litar de Catalunya.

Vettel terbabit nahas berkenaan ketika sesi sebelah pagi selepas jentera ujian pasukan Ferrari kelihatan pantas dan berjalan lancar.

Kemalangan itu menjejaskan persiapan pasukan Itali itu yang terpaksa menukar rancangan ujian pada baki dua sesi ujian esok dan lusa.

Dengan kemalangan itu, jadual Charles Leclerc kini akan diuji bersama dengan Monegasque akan memandu lewat hari ini disususli Vettel esok.

Ferrari dalam kenyataannya mengesahkan kemalangan dialami Vettel di selekoh ketiga disebabkan masalah mekanikal bahagian depan.

Ketika kejadian Vettel, yang berbaki 40 pusingan, tidak mengalami sebarang kecederaan dan dibawa ke pusat perubatan untuk pemeriksaan.

"Saya dapat rasakan masalah berpunca dari bahagian depan, saya tidak dapat berbuat apa-apa mengelak perlanggaran itu,” kata Vettel.

Sainz mencatat masa terbaik satu minit 17.144 saat menggunakan tayar lembut kategori C4 dan menamatkan ujian 130 pusingan. - Foto Reuters
Sainz mencatat masa terbaik satu minit 17.144 saat menggunakan tayar lembut kategori C4 dan menamatkan ujian 130 pusingan. - Foto Reuters

Dalam pada itu, Sainz mencatat masa terbaik satu minit 17.144 saat menggunakan tayar lembut kategori C4 dan menamatkan ujian 130 pusingan. Pemandu Poland, Robert Kubica dari pasukan Williams juga berjaya menamatkan sesi ujian dengan lancar.

"Memang masih ada sedikit kesukaran yang sepatutnya sudah diatasi, tetapi setiap kali kami memasuki trek, kami lebih pantas dan jentera boleh diharap dan ini menandakan kami berada di landasan betul,’ kata Sainz.

Perlumbaan Formula Satu akan bermula di GP Australia pada 17 Mac ini.  – Reuters

Berita Harian X