Sabtu, 15 Disember 2018 | 7:13pm
Md Akid Aziz. - Arkib NSTP
Md Akid Aziz. - Arkib NSTP

Hafiz, Akid curi tumpuan di Bandar Penawar

KUALA LUMPUR: Pertarungan antara Md Hafiz Nor Azman dan Md Akid Aziz bagi merebut kedudukan ketiga keseluruhan CP150 dijangka menjadi tumpuan pada pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Bandar Penawar, Johor, esok.

Hafiz (PETRONAS Sprinta Yamaha–CKJ Racing) yang kini menghuni tangga ketiga dengan 116 mata dijangka memiliki sedikit kelebihan selepas mencatat masa terpantas sesi kelayakan 55.279 saat hari ini diikuti rakan sepasukan yang sudah mengesahkan gelaran keseluruhan CP150, Ahmad Afif Amran yang mencatat masa terbaik 55.349s.

Akid (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) terus memberikan cabaran apabila mencatat masa ketiga terpantas 55.499s sambil dua rakan sepasukan Akid, Kasma Daniel Kasmayuddin dan Md Ramdan Rosli dijangka turut memberikan saingan kepada Hafiz selepas mencatat masa keempat dan kelima terpantas.

“Saingan musim 2018 kini sudah sampai ke penghujung. Selain perlu memastikan saya dapat menamatkan saingan di depan Akid, kami juga mahu menamatkan musim ini di atas podium dan menghadiahkan gelaran juara keseluruhan kepada pasukan,” jelas Hafiz.

Sementara itu, dalam kategori Wira KBS, Syariffudin Azman yang sudah bergelar juara keseluruhan meneruskan rentak cemerlang apabila mencatat masa terpantas ketika sesi shoot-out sekali gus memulakan perlumbaan akhir dari petak pertama.

“Gelaran juara dan naib juara sudah menjadi milik Afif dan Kasma, jadi sendainya Akid memenangi perlumbaan esok, saya perlu menamatkan saingan di kedudukan keempat, jadi saya dan Afif juga perlu merancang strategi terbaik.”

Dalam saingan CP115, juara keseluruhan, Tengku Amirul Haffirudin (Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing) mencatat masa terpantas pusingan kelayakan 58.653s diikuti Md Syafiq Rosli (ELF Koyoko Honda KC Racing) kedua, 59.066s dan Md Shafiq Ezzariq (Hi-Rev Rapido SCK Honda Racing) ketiga, 59.117s.

Sementara itu pelumba Idemitsu Kozi Yam Honda Racing yang sudah bergelar juara keseluruhan Wira KBS, Md Syarifuddin Azman mencatat masa terbaik sesi shoot-out dengan masa 1:00.265s sekali gus bermula dari petak pertama diikuti Md Faiz Zekri Sabri (ONEXOX Racing Team) kedua, 1:00.386s dan Daniel El Fahim (SIC Junior Team AFB TECH Racing) ketiga 1:00.503s.

Keputusan sesi kelayakan:

CP150:

1 Md Hafiz Nor Azman (PETRONAS Sprinta Yamaha–CKJ Racing) 55.279s

2 Ahmad Afif Amran (PETRONAS Sprinta Yamaha–CKJ Racing) 55.349s

3 Md Akid Aziz (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) 55.499s

CP115:

1 Tengku Amirul Haffirudin (Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing) 58.653s

2 Md Syafiq Rosli (ELF Koyoko Honda KC Racing) 59.066s

3 Md Shafiq Ezzariq (Hi-Rev Rapido SCK Honda Racing) 59.117s

Wira KBS:

1 Md Syarifuddin Azman (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) 1:00.265s

2 Md Faiz Zekri Sabri (ONEXOX Racing Team) 1:00.386s

3 Daniel El Fahim (SIC Junior Team AFB TECH Racing) 1:00.503s

Berita Harian X