Sabtu, 1 September 2018 | 9:47pm
SEBASTIAN Vettel - Foto EPA
SEBASTIAN Vettel - Foto EPA

Vettel terpantas di Monza

MONZA, Itali: Sebastian Vettel mencatat masa terpantas pada sesi ujian terakhir Grand Prix Itali, hari ini, tetapi pendahulu Formula Satu dari Mercedes, Lewis Hamilton mengekori rapat dengan berada di tengah-tengah dua pelumba Ferrari.

Vettel yang mewakili Ferrari mencatat masa satu minit 20.509 saat yang mana 0.081 saat lebih pantas daripada Hamilton, ketika matahari terbit selepas hujan pada waktu pagi di Monza.

Seorang lagi pelumba Ferrari, Kimi Raikkonen pula 0.173s di belakang untuk berada di kedudukan ketiga, sementara Valtteri Bottas keempat, dengan Mercedes memberi bayangan bakal menempah pertempuran antara kedua-dua pasukan itu di petak hadapan.

Hamilton, 17 mata meninggalkan Vettel dengan baki lapan perlumbaan, sudah mengungguli petak hadapan di Monza selama empat tahun terakhir dengan Mercedes tidak pernah kalah dalam era hibrid V6 turbo yang bermula pada 2014.

Bagaimanapun, harapan tinggi diletakkan Ferrari untuk kemenangan pertama di gelanggang sendiri sejak 2010 selepas Vettel muncul juara di Belgium, hujung minggu lalu.

Hamilton dan Vettel, masing-masing memiliki lima kejuaraan dalam satu musim yang mungkin bakal menyaksikan salah seorang daripada mereka dinobatkan sebagai juara dunia kelima. - Reuters

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X