Selasa, 14 Ogos 2018 | 11:59pm
FERNANDO Alonso - Foto EPS
FERNANDO Alonso - Foto EPS

Alonso ucap selamat tinggal F1 hujung musim

LONDON: Juara dunia dua kali, Fernando Alonso bakal bersara daripada perlumbaan Formula Satu (F1) pada penghujung musim ini, kata pasukannya McLaren.

“Terdapat masa untuk semua orang membuat perubahan dan Fernando memutuskan yang penghujung musim ini adalah masa baginya,” kata McLaren dalam satu kenyataan.

“Kami menghormati keputusannya biarpun kami percaya dia berada di tahap prestasi terbaik dalam kariernya.”

Kekecewaan pemandu Sepanyol berusia 37 tahun itu yang mempunyai rekod 32 kemenangan Grand Prix sepanjang 17 musim dalam F1 meningkat apabila McLaren yang satu ketika kuasa besar dalam perlumbaan elit itu terus merosot . - AFP

Berita Harian X