Sabtu, 4 Ogos 2018 | 8:22pm
ADAM Norrodin
ADAM Norrodin

Adam bermula dari petak 21

 

KUALA LUMPUR: Pelumba Moto3 negara, Adam Norrodin memulakan pusingan pertama separuh musim kedua di Grand Prix (GP) Republik Czech dengan bakal berlumba dari petak ke-21, esok.

Adam yang mewakili pasukan PETRONAS Sprinta Racing itu menamatkan sesi kelayakan di Sirkit Brno  sebentar tadi dengan catatan 2 minit 10.146 saat manakala pelumba tuan rumah, Jakub Kornfeil menyambar petak pertama.

Bekas rakan sepasukan Adam pada musim 2016 dan kini bersama Redox PruestelGP itu menamatkan sesi berkenaan dengan catatan terpantas 2'07.981s.

Petak kedua dimiliki pelumba CIP - Green Power, John McPhee dengan catatan 2'08.400s manakala melengkapkan barisan pertama esok ialah Marcos Ramirez dari pasukan Bester Capital Dubai, dengan catatan 2'08.426s.

Rakan sepasukan Adam dari Jepun, Ayumu Sasaki pula bakal memulakan perlumbaan dari petak ke-27.

Selepas sembilan pusingan musim ketika ini, Adam berada di tangga ke-19 dengan 24 mata manakala Sasaki ketinggalan satu mata di tangga ke-21.

Keputusan Sesi kelayakan Moto3

1. Jakub Kornfeil (CZE/Redox PruestelGP) 2'07.981s 2. John McPhee (GBR/CIP - Green Power) 2'08.400s 3. Marcos Ramirez (SPA/Bester Capital Dubai) 2'08.426s 4. Philipp Oettl (GER/Sudmetal Schedl GP Racing) 2'08.445s 5. Dabio Di Giannantonio (ITA/Del Conca Gresini Moto3) 2'08.473s... 21. Adam Norrodin (MAL/PETRONAS Sprinta Racing) 2'10.146s.... Ayumu Sasaki (JPN/PETRONAS Sprinta Racing) tidak menamatkan sesi

Berita Harian X