X
Sabtu, 28 April 2018 | 10:52pm
PEMANDU Ferrari, Sebastian Vettel. - Foto AFP
PEMANDU Ferrari, Sebastian Vettel. - Foto AFP

Vettel raih petak hadapan GP Azerbaijan

BAKU: Pemandu Ferrari, Sebastian Vettel menyambar petak hadapan buat kali ketiga berturut-turut selepas mencatat masa terpantas pada sesi kelayakan perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Azerbaijan, sebentar tadi.

Pendahulu carta kejuaraan dunia itu merakam masa terpantas satu minit 41.498 saat sekali gus mengatasi juara dunia, Lewis Hamilton dari Mercedes yang menamatkan saingan di tempat kedua terpantas dengan ketinggalan 0.179s.

Vettel ketika ini mendahului Hamilton dengan kelebihan sembilan mata pada carta kejuaraan dunia.

Sementara itu, rakan sepasukan Hamilton, Valtteri Bottas akan bermula di petak ketiga diikuti Daniel Ricciardo dari Red Bull yang muncul pemandu terpantas pada sesi ujian kedua, semalam.

Seorang lagi pemandu Red Bull, Max Verstappen akan bermula di petak kelima diikuti Kimi Raikkonen dari Ferrari dan Esteban Ocon (Force India). - REUTERS

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X