Rabu, 20 Disember 2017 | 1:12pm
PETRONAS membuat keputusan menarik diri sebagai penaja pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah untuk saingan musim depan. - Foto Osman Adnan
PETRONAS membuat keputusan menarik diri sebagai penaja pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah untuk saingan musim depan. - Foto Osman Adnan

PETRONAS-Hafizh Syahrin berpisah

KUALA LUMPUR: PETRONAS membuat keputusan luar jangka apabila tidak lagi menjadi penaja pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah untuk saingan musim depan.

Perkara itu disahkan oleh Litar Antarabangsa Sepang (SIC), namun Hafizh akan tetap kekal beraksi bersama pasukan baharunya iaitu SIC Racing Team.

Sebelum penarikan diri PETRONAS itu, pasukan yang ditubuhkan khas buat Hafizh itu dinamakan sebagai PETRONAS Sprinta Racing.

"PETRONAS tidak akan bersama Hafizh Syahrin Abdullah untuk saingan 2018 dan musim berikutnya.

"Namun PETRONAS akan kekal beri sokongan penuh kepada pasukan Moto3," kata SIC menerusi satu kenyataan, lewat malam semalam.

Dalam saingan Moto3, pasukan yang diuruskan oleh SIC itu kekal dengan nama PETRONAS Sprinta Racing dan akan menampilkan Adam Norrodin dan Ayumu Sasaki.

Sebelum ini, Hafizh muncul pelumba sepenuh masa negara dalam saingan Moto2 bersama PETRONAS Raceline untuk tempoh empat tahun.

Berita Harian X