Sabtu, 11 November 2017 | 1:00pm
PELUMBA Mercedes, Lewis Hamilton mendominasi kedua-dua sesi latihan bebas Grand Prix Brazil. - Foto REUTERS
PELUMBA Mercedes, Lewis Hamilton mendominasi kedua-dua sesi latihan bebas Grand Prix Brazil. - Foto REUTERS

Hamilton dominasi sesi latihan GP Brazil

SAO PAULO: Lewis Hamilton melakar rekod cemerlang dengan mendominasi kedua-dua sesi latihan bebas Grand Prix Brazil, mengatasi rakan sepasukannya, Valteri Bottas.

Pada perlumbaan Mexico dua minggu lalu, pelumba 32 tahun dari Britain itu berjaya mengesahkan status juara dunia buat kali keempat dan apa yang dipamerkan pada sesi ujian semalam langsung tidak menunjukkan kemahuannya menaiki podium makin menurun.

Meskipun dihimpit dengan dakwaan mengelak cukai, Hamilton masih mengekalkan aksi terbaik ketika merakamkan satu minit 9.515 saat di sesi kedua, mengatasi Bottas 0.048s.

F1 World Champion, Mercedes' British driver Lewis Hamilton powers his car, during the Brazilian Formula One Grand Prix first practice session, at the Interlagos circuit in Sao Paulo, Brazil on November 10, 2017. / AFP PHOTO / NELSON ALMEIDANELSON ALMEIDA

"Masih ada dua perlumbaan lagi. Mental saya masih kekal sama iaitu mahu raih sesuatu dalam baki perlumbaan. Adalah sesuatu yang tidak normal jika saya mahu mengendurkan prestasi.

"Ia adalah masa sesuai untuk menerapkan lebih banyak tekanan. Masih ada dua kemenangan yang boleh dicapai."

Pada sesi ujian pertama, Hamilton merakam catatan lebih pantas, 1:09.202s, meletakkan jurang ketara berbanding catatan terbaik pusingan kelayakan kelayakan, 1:09.822s yang dilakukan oleh pelumba Ferrari, Rubens Barrichello.

LEWIS Hamilton mengekalkan aksi terbaik ketika merakamkan satu minit 9.515 saat di sesi kedua, mengatasi rakan sepasukannya, Valteri Bottas. - Foto REUTERS
LEWIS Hamilton mengekalkan aksi terbaik ketika merakamkan satu minit 9.515 saat di sesi kedua, mengatasi rakan sepasukannya, Valteri Bottas. - Foto REUTERS

Pelumba Red Bull, Daniel Ricciardo ketiga terpantas diikuti pemandu Ferrari, Sebastian Vettel, diikuti Max Vestappen (Red Bull) dan Kimi Raikkonen (Ferrari).

"Mercedes cukup pantas. Kedua-dua mereka berada di depan kami tetapi saya fikir persaingan kami dan Red Bull sangat sengit," kata Vettel. - AFP

Berita Harian X