Jumaat, 1 September 2017 | 9:07pm
PEMANDU Mercedes AMG, Lewis Hamilton mencatat masa terpantas pada sesi latihan bebas di Litar Monza, Itali. - Foto EPA

Hamilton catat masa terpantas latihan bebas GP Itali

MONZA, Itali: Lewis Hamilton mencatat masa terpantas bagi mengatasi rakan sepasukan, Mercedes, Valtteri Bottas pada sesi pembukaan latihan bebas menjelang saingan Grand Prix (GP) Itali, pada Ahad ini.

Juara dunia tiga kali dari Britain itu berjaya mencatatkan masa terbaik sepusingan iaitu satu minit dan 21.537 saat di tapak lama royal park tatkala pemandu Mercedes itu mengatasi pesaingnya dari Ferrari lebih dari sesaat.

LEWIS Hamilton ketika meninggalkan pit untuk mulakan sesi latihan bebas di Litar Monza, Itali. - Foto EPA

Hamilton merakamkan kepantasan 0.435 saat di depan rakan sepasukannya, Bottas dari Finland itu, sekali gus dijangka mampu menguasai perlumbaan hujung minggu ini bagi mengenepikan Sebastian Vettel selaku pendahulu buat pertama kalinya pada tahun ini.

Vettel yang memandu Ferrari pula berada di kedudukan ketiga, mendahului rakan sepasukan dari Finland, Kimi Raikkonen. - AFP

Berita Harian X