Ahad, 27 Ogos 2017 | 10:14pm
PELUMBA Mercedes, Lewis Hamilton meraikan kejayaan menjuarai GP Belgium. - Foto REUTERS

F1: Hamilton rangkul GP Belgium

SPA-FRANCORCHAMPS, Belgium: Lewis Hamilton meraikan perlumbaan ke-200 dalam saingan Formula Satu (F1) dengan keputusan membanggakan untuk pasukan Mercedes, apabila menjuarai Grand Prix Belgium, sebentar tadi.

Keputusan itu menyaksikan pelumba Britain ini merangkul kejayaan kelima daripada 12 perlumbaan - hari yang sama dia menyamai pencapaian Michael Schumacher yang mencapai 68 kedudukan podium.

Sebastian Vettel - yang kini mendahului perlumbaan dengan tujuh mata kejuaraan berada di tempat kedua untuk pasukan Ferrari, ketinggalan 2.3 saat.

Pelumba pasukan Ferrari ini yang bermula baik di awal perlumbaan kini sedang memburu gelaran juara dunia ketiga berturut-turut, namun gagal memberi impak besar untuk menyaingi Hamilton.

Pelumba Australia, Daniel Ricciardo berada di tempat ketiga untuk pasukan Red Bull.

Ketika perlumbaan masih berbaki lapan pusingan, juara empat kali, Vettel kini mengumpul 220 mata dan Hamilton 213 mata. - Reuters

Berita Harian X