Ahad, 30 Julai 2017 | 8:44am
FERRARI mengesahkan petak pertama dan kedua Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Hungary, semalam. - Foto REUTERS
FERRARI mengesahkan petak pertama dan kedua Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Hungary, semalam. - Foto REUTERS

F1: Vettel lega Ferrari cipta kebangkitan

BUDAPEST: Sebastian Vettel berkata Ferrari sudah menjawab kritikan selepas mengesahkan petak pertama dan kedua Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Hungary, semalam.

Pelumba Jerman berusia 30 tahun itu menyifatkan prestasi jentera dan pasukannya sebagai 'luar biasa' dan ia hadir tepat pada masanya selepas dikritik hebat selepas perlumbaan GP Britain, dua minggu lalu.

"Kami bekerja dengan keras. Perlumbaan terakhir jelas bukan sesuatu yang bagus bagi kami. Kami berada di sini dan cuba untuk melakukan yang terbaik.

"Kami gembira sebagai sebuah pasukan dan mengingati di mana kami berada pada 12 bulan lalu. Tugas utama adalah esok (hari ini) kerana kami belum menang apa-apa namun kami gembira.

SEBASTIAN Vettel (tengah) Kimi Raikkonen (kanan) dan Valtteri Bottas selepas sesi kelayakan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Hungary, semalam. - Foto EPA
SEBASTIAN Vettel (tengah) Kimi Raikkonen (kanan) dan Valtteri Bottas selepas sesi kelayakan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Hungary, semalam. - Foto EPA

"Ia hebat namun selepas pertemuan selepas perlumbaan terakhir kami, kami memberikan jawapan di atas litar," kata Vettel.

Pencabar kejuaraan, Mercedes menikmati kejayaan hebat di GP Britain dengan pelumba tuan rumah, Lewis Hamilton memenangi perlumbaan diikuti rakan sepasukannya, Valtteri Bottas di tempat kedua.

Vettel berkata, reaksi daripada Ferrari yang mengalami kegagalan tayar di Silverstone sebagai tindak balas terbaik dan menolak pandangan pasukan itu bukan pencabar kejuaraan sebenar.

Pada hari yang panas di Hungaroring, Vettel melakukan catatan terpantas 1 minit 16.276 saat diikuti Raikkonen manakala Bottas di petak ketiga.

Hamilton yang ketinggalan satu mata dalam pemburuan kejuaraan pelumba akan memulakan perlumbaan di petak keempat.

AFP

Kedudukan petak perlumbaan GP Hungary

1. Sebastian Vettel (Germany) Ferrari

2. Kimi Raikkonen (Finland) Ferrari

3. Valtteri Bottas (Finland) Mercedes

4. Lewis Hamilton (Britain) Mercedes

5. Max Verstappen (Netherlands) Red Bull - TAG Heuer

6. Daniel Ricciardo (Australia) Red Bull - TAG Heuer

7. Nico Huelkenberg (Germany) Renault

8. Fernando Alonso (Spain) McLaren

9. Stoffel Vandoorne (Belgium) McLaren

10. Carlos Sainz Jr (Spain) Toro Rosso - Renault

11. Jolyon Palmer (Britain) Renault

12. Esteban Ocon (France) Force India - Mercedes

13. Daniil Kvyat (Russia) Toro Rosso - Renault

14. Sergio Perez (Mexico) Force India - Mercedes

15. Romain Grosjean (France) Haas - Ferrari

16. Kevin Magnussen (Denmark) Haas - Ferrari

17. Lance Stroll (Canada) Williams-Mercedes

18. Pascal Wehrlein (Germany) Sauber - Ferrari

19. Paul Di Resta (Britain) Williams-Mercedes

20. Marcus Ericsson (Sweden) Sauber - Ferrari

Berita Harian X