Jumaat, 28 Julai 2017 | 8:15am
Ferrari's German driver Sebastian Vettel attends a press conference ahead at the Hungaroring circuit in Budapest on July 27, 2017 prior to the weekend's Hungarian Formula One Grand Prix. AFP PHOTO / ANDREJ ISAKOVIC / AFP PHOTO / ANDREJ ISAKOVICANDREJ ISAKOVIC
Ferrari's German driver Sebastian Vettel attends a press conference ahead at the Hungaroring circuit in Budapest on July 27, 2017 prior to the weekend's Hungarian Formula One Grand Prix. AFP PHOTO / ANDREJ ISAKOVIC / AFP PHOTO / ANDREJ ISAKOVICANDREJ ISAKOVIC

GP Hungary: Vettel tidak tertekan

BUDAPEST: Sebastian Vettel mengakui tetap tenang menjelang perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Hungary, hujung minggu ini, sekali pun mungkin terlepas kedudukan pendahulu kepada Lewis Hamilton.

Pelumba Ferrari dari Jerman yang juga juara dunia empat kali itu hanya memiliki kelebihan satu mata di depan Hamilton dan pemandu Britain itu boleh merampas status pendahulu sekiranya berjaya memastikan kemenangan buat kali keenam di Litar Hungaroring.

"Saya tidak terlalu tertekan. Di atas kertas, ia akan jadi perlumbaan yang bagus buat kami. Kita lihat saja apa yang akan berlaku," kata Vettel.

"Saya sukakan litar ini. Saya hanya akan berseronok menikmati perlumbaan ini. Semua orang ada di sini, kami perlu lakukan apa yang kami rancang.

"Hakikatnya ini perlumbaan terakhir sebelum rehat musim panas atau yang pertama selepas Silverstone... ia tidak beri sebarang perubahan."

Selepas GP Monaco pada Mei lalu, Vettel memiliki kelebihan 25 mata namun Hamilton bangkit dengan menang dua daripada empat perlumbaan selepas itu.

Ketika itu, bekas pemandu pasukan Red Bull itu tiga kali gagal untuk menaiki podium.

Hamilton muncul pemandu paling banyak memenangi perlumbaan di Hungary sejak kemenangan pertamanya pada 2007 dan dia boleh menyamai rekod legenda Michael Shumacher meraih 68 kali petak depan sekiranya mencatat masa terpantas pada sesi kelayakan. - REUTERS

Berita Harian X