Sabtu, 17 September 2022 | 10:20pm
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) merasmikan Temasya Sukan Malaysia XX MSN 2022 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Ismail Sabri rasmi SUKMA 2022

KUALA LUMPUR: Majlis Perasmian Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 tetap berlangsung meriah biarpun diadakan secara sederhana di Dewan Canselor Tun Abdul Razak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi, hari ini.

Perasmian edisi ke-20 kali ini disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di hadapan kira-kira lebih 2,000 orang yang hadir termasuklah atlet, pegawai dan sukarelawan SUKMA 2022.

Upacara perasmian dimulakan dengan perarakan masuk maskot setiap negeri yang pernah menjadi tuan rumah sebelum ini, termasuk maskot SUKMA 2022 yang diberi nama 'Oyen'.

Majlis kemudian diteruskan dengan perarakan masuk setiap kontinjen negeri bermula dengan Terengganu yang muncul juara keseluruhan pada edisi 2018 di Perak selepas mengumpul 56 pingat emas, 51 perak dan 53 gangsa.

Upacara diteruskan dengan ucapan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu diikuti ucapan perasmian daripada Perdana Menteri yang selepas itu diberikan penghormatan untuk menekan butang sebagai simbolik perasminan temasya kali ini.

Bendera SUKMA 2022 kemudian dibawa masuk dan dinaikkan oleh empat atlet kebangsaan - Choong Javen (ping pong), Ng Joe Ee (gimrama), R Shamendran (karate) dan Muhammad Aznil Bidin (angkat berat).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir ke Majlis Perasmian Temasya Sukan Malaysia XX MSN 2022 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Perarakan masuk bendera kejohanan ketika Majlis Perasmian Temasya Sukan Malaysia XX MSN 2022. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Acara menaikkan bendera kejohanan. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Obor temasya dinyalakan oleh legenda boling negara, Shalin Zulkifli. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Seterusnya, obor temasya dinyalakan oleh legenda boling negara, Shalin Zulkifli diikuti bacaan ikrar yang diketuai atlet angkat berat negara, Mohamad Aniq Kasdan.

SUKMA ke-20 dianjurkan semula dengan Kuala Lumpur menjadi tuan rumah selepas temasya dwitahunan itu tidak dapat diadakan pada tahun 2020 di Johor berikutan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia.

Pada temasya kali ini, sebanyak 426 acara membabitkan 223 acara lelaki,184 wanita dan 19 campuran daripada 31 jenis sukan dipertandingkan dengan penyertaan 6,625 atlet dan 2,709 pegawai membabitkan 15 kontinjen negeri termasuk Brunei.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir ke Majlis Perasmian Temasya Sukan Malaysia XX MSN 2022 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir ke Majlis Perasmian Temasya Sukan Malaysia XX MSN 2022 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Berita Harian X