HANOI: Pelumba basikal negara menghadiahkan pingat emas ke-37 buat negara menerusi kemenangan sensasi dalam acara lebuh raya lepas beramai-ramai individu di Hoa Binh, dekat sini, hari ini.
Mohamad Nur Aiman Zariff mengesahkan kemenangan dengan catatan 3 jam, 48 minit dan 22 saat (162.2km) selepas berjaya meninggalkan tiga lagi pelumba yang turut berada dalam kelompok sama dengan beliau.
Pelumba dari Indonesia, Aiman Cahyadi dan pelumba dari Thailand, Navuti Liphongyu masing masing meraih pingat perak dan gangsa.
Aiman mendapat sokongan daripada rakan sepasukannya, Nur Amirull Fakhruddin Mazuki, Nur Aiman Rosli, Akmal Hakim Zakaria dan Zawawi Azman pada perlumbaan itu.