Selasa, 17 Mei 2022 | 12:06pm
Skuad basikal bukit negara yang menang dalam acara rentas desa Olimpik campuran.
Skuad basikal bukit negara yang menang dalam acara rentas desa Olimpik campuran.

Basikal bukit buat kejutan hadiahkan emas

HANOI: Sukan berbasikal bukit melakar kejutan apabila menyumbangkan pingat emas dalam acara rentas desa Olimpik campuran yang berlangsung di Wilayah Hoa Binh - venue yang terletak kira-kira 100 kilometer (km) dari Hanoi, sebentar tadi.

Skuad disertai Ahmad Syazrin Awang Ilah, Zulfikri Zulkifli, Natahsya Soon dan Nur Assyira Zainal Abidin mencatat 1 jam 23 minit dan 14 saat untuk membutirkan kilauan emas ke-20 buat kontinjen negara.

Perak dimenangi skuad Vietnam dengan catatan 1:23.48s manakala Thailand membawa pulang gangsa, 1:24.54s.

Berita Harian X