Khamis, 31 March 2022 | 11:24pm
Pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjulang Piala TNB 2022 selepas menewaskan pasukan Terengganu Hockey Team (THT) 3-2 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi. - Foto BERNAMA
Pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjulang Piala TNB 2022 selepas menewaskan pasukan Terengganu Hockey Team (THT) 3-2 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi. - Foto BERNAMA

TNB leburkan impian treble THT

KUALA LUMPUR: Pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) memadam hasrat Terengganu Hockey Team (THT) meraih gelaran trebel musim ini, apabila mereka muncul juara Piala TNB dalam aksi di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil malam ini.

TNB menewaskan THT 3-2, bagi menidakkan kemaraan pasukan itu yang sebelum ini menjulang Piala Sumbangsih dan muncul juara Liga Hoki Malaysia (MHL).

Skuad TNB kendalian Nor Saiful Zaini Nasiruddin, bermula cemerlang dengan beberapa cubaan seawal suku pertama bagi menguji gawang gol THT.

Ia akhirnya membuahkan hasil, apabila TNB mengejutkan THT dengan jaringan pukulan sudut penalti Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan, pada minit ke-18.

Tersentak dengan jaringan pihak lawan, THT di bawah kendalian Roslan Jamaluddin cuba mencari ruang menjaringkan gol, namun tidak berhasil sehingga menjengah suku ketiga perlawanan.

TNB yang terus mempamerkan permainan menyerang sekali lagi menghukum THT dengan jaringan kedua, hasil pukulan sudut penalti Muhammad Shahril

Pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjulang Piala TNB 2022 selepas menewaskan pasukan Terengganu Hockey Team (THT) 3-2 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil malam tadi. FOTO BERNAMA
Pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjulang Piala TNB 2022 selepas menewaskan pasukan Terengganu Hockey Team (THT) 3-2 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil malam tadi. FOTO BERNAMA

Saabah pada minit ke-39 menjadikan kedudukan 2-0 buat TNB.

THT menjadikan permainan lebih menarik apabila bangkit menyumbat dua gol jaringan padang Muhammad Marhan Mohd Jalil dan Ismail Abu masing-masing pada minit ke-49 dan ke-50 perlawanan, bagi menjadikan kedudukan 2-2.

Tidak mahu mengheret perlawanan ke penentuan pukulan penalti, TNB merobek gol THT di saat akhir hasil jaringan padang Muhammad Amirul Hamizan Azhar pada minit ke-60, untuk mencatat kemenangan 3-2 serta muncul juara Piala TNB. - BERNAMA

Pemain Tenaga Nasional Berhad (TNB) meraikan kejayaan menjuarai Piala TNB 2022 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil. - Foto BERNAMA
Pemain Tenaga Nasional Berhad (TNB) meraikan kejayaan menjuarai Piala TNB 2022 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil. - Foto BERNAMA

Berita Harian X