Selasa, 22 March 2022 | 7:33pm
Pemain Terengganu Hockey Team (THT) meraikan kemenangan selepas menjuarai Liga Hoki Malaysia dengan menumpaskan pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan jaringan 3-2 di Stadium Hoki Batu Buruk. - NSTP/Ghazali Kori

THT rangkul kejuaraan berganda

KUALA TERENGGANU: Pasukan Hoki Terengganu (THT) muncul juara Liga Hoki Malaysia (MHL) selepas menundukkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) 3-2 pada aksi terakhir di Stadium Hoki Batu Buruk (SHBB) sebentar tadi.

Ia adalah gelaran kedua skuad The Turtles musim ini selepas merangkul Piala Sumbangsih pada Februari lalu, juga menundukkan TNB 3-2.

Kejayaan itu juga menamatkan penantian THT untuk muncul juara liga sejak kali terakhir pada 2018.

Bagaimanapun, sebelum merakam kemenangan, skuad bimbingan Roslan Jamaluddin dikejutkan dengan jaringan awal pelawat menerusi Azli Misron pada minit ke-11 berpunca daripada pukulan sudut penalti.

Tersentak jaringan itu, pemain tuan rumah menggandakan asakan dan hampir menyamakan kedudukan menerusi penyerang prolifiknya, Faizal Saari pada suku pertama, namun pukulan pemain itu sedikit tersasar.

Usaha berterusan THT untuk memburu gol penyamaan akhirnya menjelma pada minit ke-30 menerusi tolakan mudah Muhammad Firdaus Omar hasil hantaran Muhammad Arif Syafei Ishak berpunca pukulan sudut penalti.

Pemain Terengganu Hockey Team (THT) meraikan kemenangan selepas menjuarai Liga Hoki Malaysia dengan menumpaskan pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan jaringan 3-2 di Stadium Hoki Batu Buruk. - NSTP/Ghazali Kori
Pemain Terengganu Hockey Team (THT) meraikan kemenangan selepas menjuarai Liga Hoki Malaysia dengan menumpaskan pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan jaringan 3-2 di Stadium Hoki Batu Buruk. - NSTP/Ghazali Kori

Sebaik babak kedua bersambung, THT terus mengasak untuk mencari gol kedua, namun kekentalan barisan pertahanan menggagalkan usaha berkenaan walaupun mempunyai deretan peluang terhidang.

Akhirnya gol kedua yang dinantikan tuan rumah hadir pada minit ke-48 menerusi pukulan kencang Faizal untuk pasukannya mendahului 2-1.

Bagaimanapun jaringan itu tidak bertahan lama apabila pemain kebangsaan, Muhammad Shahril Saabah berjaya menyamakan kedudukan menerusi sentuhan menarik hasil gol padang enam minit berselang.

Ketika permainan berbaki tiga minit, Faizal muncul wira pasukannya apabila meledak gol ketiga dan jaringan peribadi ke-24 untuk merangkul kejuaraan kedua musim ini.

Dengan keputusan itu, THT mengumpul 32 mata untuk muncul juara liga manakala TNB berpuashati di kedudukan kedua dengan mengutip 30 mata.

Berita Harian X