Ahad, 20 March 2022 | 10:08pm
Pelumba TSG, Anatoliy Budiak (lima kanan) memenangi GP Gundogmus di Turki manakala Metkel Eyob (enam kanan) di tempat kedua dan Jambaljamts Sainbayar (tiga kanan) di tempat ketiga. Mereka meraikan kejayaan bersama rakan sepasukan. - Foto ihsan FB Terengganu Polygon Cycling Team.

TSG sapu bersih GP Gundogmus di Turki

KUALA LUMPUR: Tiga pelumba Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) mempamerkan kayuhan sensasi selepas masing-masing meraih kedudukan podium pada saingan Grand Prix (GP) Gundogmus di Turki, hari ini.

Dalam perlumbaan sejauh 107 kilometer (km) itu, pelumba dari Ukraine, Anatoliy Budiak muncul juara selepas menamatkan kayuhan dengan catatan masa dua jam 38 minit 29 saat (s) di Guzelbag.

Rakan sepasukannya, Metkel Eyob dari Eritrea pula berada di tempat kedua dipisahkan lima saat dengan Anatolli.

Sementara tempat ketiga diraih Jambaljamts Sainbayar dari Mongolia yang menamatkan kayuhan dengan catatan masa 2:38:51s.

- BERNAMA

Berita Harian X