Rabu, 9 Februari 2022 | 2:19pm
Pemangku Pengerusi PGM, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman (kiri) melancarkan kalendar PGM 2022 sambil disaksikan Pengurus Besar PGM, Nik Mustapha Nik Mohammed di Glenmarie Golf and Country Club, Shah Alam. - Foto BERNAMA.
Pemangku Pengerusi PGM, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman (kiri) melancarkan kalendar PGM 2022 sambil disaksikan Pengurus Besar PGM, Nik Mustapha Nik Mohammed di Glenmarie Golf and Country Club, Shah Alam. - Foto BERNAMA.

Piala Tun Ahmad Sarji buka tirai golf PGM 2022

SHAH ALAM: Jelajah Persatuan Profesional Golf Malaysia (PGM) tahun ini akan dimulakan dengan kejohanan Piala Tun Ahmad Sarji yang dijadualkan berlangsung di Saujana Golf and Country Club pada 23 hingga 26 Februari ini.

Pengurus Besar PGM, Nik Mustapha Nik Mohammed berkata seramai 144 pemain akan mengambil bahagian dalam acara empat hari itu yang diadakan sebagai penghormatan dan mengenang Allahyarham Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid sebagai Pengerusi PGM serta sumbangan beliau kepada golf profesional di negara ini.

"Allahyarham Tun (Ahmad Sarji) teguh dan bersemangat dalam menyediakan platform yang boleh dipercayai dan terjamin untuk pemain golf profesional kita bersaing di peringkat lebih tinggi di serantau dan antarabangsa," katanya pada pelancaran kalendar Jelajah PGM 2022 di sini.

Nik Mustapha berkata Jelajah PGM yang memasuki tahun ke-12 itu akan mengadakan 10 kejohanan untuk pemain golf lelaki dan lima pertandingan untuk wanita, diadakan sebagai kejohanan tertutup memandangkan perjalanan antarabangsa belum lagi kembali seperti biasa.

"Kami juga merancang untuk mengadakan satu 'qualifying school' pada September dan akan memastikan semua kejohanan ini diadakan berdasarkan garis panduan kesihatan dan keselamatan serta prosedur operasi standard (SOP) yang ketat," katanya.

PGM turut menerima tajaan sebanyak RM1.395 juta daripada pelbagai entiti untuk kalendar tahun ini.

Berikut kalendar golf Jelajah PGM bagi 2022:

1. Piala Tun Ahmad Sarji PGM (RM200,000), 23 hingga 26 Februari

2. Kejohanan PGM Maybank (RM120,000), 24 hingga 26 Mac

3. Kejohanan Wanita PGM (RM20,000)

4. Kejohanan PGM Kia (RM120,000), 24 hingga 26 Mei

5. Kejohanan Wanita PGM (RM20,000)

6. Kejohanan PGM Port Dickson (RM120,000), 21 hingga23 Jun

7. Kejohanan PGM Pahang (RM120,000), 19 hingga 21 Julai

8. Kejohanan PGM MNRB (RM120,000), 23 hingga 25 Ogos

9. Kejohanan Wanita PGM (RM20,000)

10. Pusingan 1 PGM 'Qualifying School' (RM15,000), 3 hingga 15 September

11. Kejohanan PGM UMW (RM120,000), 20 hingga 22 September

12. Kejohanan Wanita PGM (RM20,000)

13. Kejohanan PGM Northport (RM120,000), 11 hingga 13 Oktober

14. Kejohanan Wanita PGM (RM20,000)

15. Kejohanan PGM Tiara Melaka (RM120,000), 1 hingga 3 November

16. Kejohanan PGM Kota Seriemas (RM120,000), 6 hingga 8 Disember

- BERNAMA

Berita Harian X