Rabu, 12 Januari 2022 | 5:33pm
Pasukan UiTM Vendetta menewaskan Gunadarma 3-0 sekali gus bawa pulang hadiah RM20,000.
Pasukan UiTM Vendetta menewaskan Gunadarma 3-0 sekali gus bawa pulang hadiah RM20,000.

UiTM Vendetta layak rebut RM1.05 juta

KUALA LUMPUR: UiTM Vendetta berpeluang merebut wang tunai terkumpul berjumlah RM1.05 juta apabila layak beraksi ke Grand Final Cyberathlete Collegiate Mobile Legends yang akan berlangsung hujung tahun ini.

UiTM Vendetta yang diwakili pasukan e-sukan Universiti Teknologi MARA (UiTM) beroleh tiket ke Grand Final itu selepas mengungguli Cyberathlete Collegiate Mobile Legends Edisi Pertama' yang berlangsung, minggu lalu.

Pasukan yang diwakili Muhammad Nabil Japri, Muhammad Badrun Ahmad Puad, Danish Haziq Azrul Yussaini, Akmal Hakim Mohd Hisham, Muhammad Zafri Che Moh Zulkifli dan Muhammad Zulhafiz Md Yusuf itu menewaskan wakil Indonesia, Gunadarma dengan kemenangan bersih 3-0.

Kemenangan itu membolehkan UiTM Vendetta membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000.

Sebelum ini, pasukan terbabit turut cemerlang dalam kejohanan Varsiti E-Unileague 2021 apabila menjuarai acara Mobile Legends, bulan lalu.

Berita Harian X