Isnin, 19 Oktober 2020 | 6:53pm
Khabib Nurmagomedov (kiri) ingin bersara seperti Floyd Mayweather. - Foto ihsan Essentially Sports.
Khabib Nurmagomedov (kiri) ingin bersara seperti Floyd Mayweather. - Foto ihsan Essentially Sports.

Khabib ingin bersara seperti Mayweather

MOSCOW: Khabib Nurmagomedov mendedahkan matlamatnya ialah menjadi Floyd Mayweather edisi MMA sebelum bersara daripada UFC.

Legenda tinju, Mayweather bersara daripada arena tinju dengan rekod kemenangan 50-0 selepas menewaskan Conor McGregor pada Ogos 2017.

Khabib yang turut menewaskan McGregor pada Oktober 2018, kini mempunyai rekod 28-0 dalam gelanggang oktagon.

Dia berpeluang melebarkannya kepada 29 kemenangan jika berjaya mempertahankan gelaran lightweight menentang Justin Gaethje di UFC 254, Sabtu ini.

Khabib juga mensasarkan pertemuan idaman dengan Georges St-Pierre tahun depan sebelum memutuskan persaraannya.

Namun sebelum bersara, Khabib menetapkan matlamatnya untuk menjadi legenda MMA.

"30-0 sudah cukup baik. Ia tampak bagus, kedengaran bagus. 30-0, okey.

"Ia akan menjadi rekod yang hebat, ia seperti Mayweather dalam MMA.

"Kita lihat nanti, saya semakin hampir dengannya," kata Khabib.

- AGENSI

Berita Harian X