Isnin, 28 September 2020 | 10:37pm
Mike Tyson mendedahkan bahawa dia pernah merasuah polis dengan Bentley. - Foto AFP
Mike Tyson mendedahkan bahawa dia pernah merasuah polis dengan Bentley. - Foto AFP

Tyson 'hilang' Bentley kerana kondom

LONDON: Mike Tyson mendedahkan bahawa dia pernah merasuah polis dengan Bentley selepas bimbang dicekup bersama bekas isterinya, Robin Givens.

Iron Mike yang sudahpun menjadi juara dunia heavyweight pada 1988 mengidamkan Burger King dan dia membawa Givens bersamanya ke restoran makanan segera itu.

Semuanya berjalan lancar sehinggalah Givens menemui kondom dalam poket Tyson.

Givens kemudiannya meluru keluar daripada restoran dan menuju ke Bentley milik Tyson sebelum Tyson mendakwa wanita itu menghentam kereta terbabit ke arah satu lagi kereta yang berada di depannya.

"Ketika itu, saya bersedia untuk ditangkap tetapi saya menawarkan kereta itu kepada polis dan dia menerimanya.

"Saya sudah berkahwin namun masih muda. Kemudian Givens memeriksa poket saya dan kemudiannya menemui kondom. Dia keluar dan kemudian melanggar satu lagi kereta di depan Bentley itu.

"Polis datang dan kemudiannya bertanyakan pelbagai soalan. Saya panik dan saya menawarkan kereta itu kepada polis terbabit. Saya katakan ambil sahaja kereta itu kerana anda sudah bekerja keras dan merisikokan nyawa," katanya.

Selain itu, dia Tyson mendakwa dia membayar £6.2 juta (RM33 juta) kepada peminat selepas mematahkan rahang mereka yang berebut-rebut mahu mendapatkan tandatangan autograf.

Tyson berkata kepada portal Hotboxin, dia sering menumbuk peminat yang hanya mahukan tandatangannya tetapi dia kemudiannya memberi mereka wang.

Berita Harian X