Selasa, 22 September 2020 | 9:47pm
Pengerusi UDA, Datuk Jalaluddin Alias (hadapan sembilan dari kiri), Mohd Salem Kailany (hadapan lapan dari kiri) dan Mustapha Kamil (hadapan, tiga dari kiri) bersama peserta Kejohanan Golf Persahabatan UDA 2020 di Kota Seriemas Golf & Country Club hujung minggu lalu - Foto ihsan UDA
Pengerusi UDA, Datuk Jalaluddin Alias (hadapan sembilan dari kiri), Mohd Salem Kailany (hadapan lapan dari kiri) dan Mustapha Kamil (hadapan, tiga dari kiri) bersama peserta Kejohanan Golf Persahabatan UDA 2020 di Kota Seriemas Golf & Country Club hujung minggu lalu - Foto ihsan UDA

60 sertai Kejohanan Golf Persahabatan UDA

KUALA LUMPUR: Seramai 60 peserta yang mewakili pelbagai organisasi mengambil bahagian pada Kejohanan Golf Persahabatan UDA 2020 di Kota Seriemas Golf & Country Club, dekat sini, hujung minggu lalu.

Antaranya adalah wakil dari Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta agensi di bawahnya selain wakil media seperti Kumpulan NSTP (NST dan Berita Harian) dan TV3.

Disamping itu wakil daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan selain pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti Jabatan Perumahan Negara, Majlis Perbandaran Kajang, Majlis Perbandaran Sepang, Pejabat Tanah dan Galian, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan.

Antara yang turut serta adalah Pengerusi UDA, Datuk Jalaluddin Alias; Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif UDA, Mohd Salem Kailany serta Ketua Pengarah Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Azmi Latiff.

Selain itu, Setiausaha Bahagian Pembangunan Ekosistem Keusahawanan, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Zailani Hashim dan Pengarah Eksekutif, Operasi Berita dan Editorial Media Prima Berhad merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Interim NSTP, Mustapha Kamil Mohd Janor.

Program anjuran UDA Holdings Berhad (UDA) yang bakal mencecah usia 50 tahun itu, antara lain bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturahim antara semua pihak.

Pada kejohanan ini kategori jemputan dimenangi Mahyudin Zaini dari Majlis Perbandaran Kajang manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing menjadi milik Kamarul Hisham dari Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta serta Imran Mohammad Nor (Utusan Malaysia).

Penganjur dalam satu kenyataan berkata penganjuran kejohanan kali ini agak berbeza berbanding terdahulu di mana semangat kesukanan ditunjukkan oleh pemain yang menjadi tunjang utama dalam menjayakannya.

"Walaupun negara masih dilanda pandemik COVID-19, etika dan prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan masih dipatuhi bagi memastikan kejohanan berlangsung dengan baik dan keselamatan diutamakan," kata kenyataan itu.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X