Selasa, 21 Julai 2020 | 11:15am
Conor McGregor. - Foto Getty Image
Conor McGregor. - Foto Getty Image

McGregor dijangka kembali bertinju

LONDON: Conor McGregor mendedahkan dia 'menjangkakan sepenuhnya' untuk kembali ke gelanggang - dan bersedia berdepan sesiapa sahaja.

Ikon UFC itu dikalahkan Floyd Mayweather pada pusingan ke-10 apabila membuat kemunculan sulung dalam tinju profesional pada 2017.

Namun atlet Ireland itu menghangatkan khabar angin awal tahun ini apabila berkata dia akan kembali ke gelanggang satu hari nanti.

Bercakap kepada Bleacher Report pada Mac, atlet berusia 31 tahun itu berkata: "Saya bersedia melawan sesiapa sahaja dan saya sudah membuktikannya berkali-kali.

"Saya mencari lawan yang baik, jika ia tidak berlaku seperti itu, saya tidak berminat.

"Wang bukanlah sebab saya melakukannya.

"Saya orang yang sangat kaya, dan anak saya serta selepasnya akan okey.

"Saya sukakan sukan pertarungan ini. Saya banyak belajar bertinju di Crumlin tempat saya membesar, dan disebabkan rasa cinta mendalam inilah saya melakukannya hari ini."

Jurulatih McGregor, John Kavanagh juga mensasarkan kepulangan bintang itu dalam tempoh 18 bulan.

Dan Manny Pacquiao menghangatkan spekulasi dia akan bertarung dengan McGregor apabila menyertai syarikat pengurusan yang sama.

- AGENSI

Berita Harian X