Khamis, 4 Jun 2020 | 10:10am
BEKAS juara light-heavyweight UFC, Tito Ortiz (kiri).
BEKAS juara light-heavyweight UFC, Tito Ortiz (kiri).

Ortiz sindir Tyson

LONDON: Bekas juara light-heavyweight UFC, Tito Ortiz mendedahkan dia sudah dihubungi pihak tertentu untuk kemungkinan bertarung dengan Mike Tyson dan mengisytiharkan 'terdesak' mahu menentang petinju itu.

Bintang MMA itu dipercayai akan menjadi pesaing Evander Holyfield untuk berdepan Iron Mike dengan laporan menyatakan kedua-dua mereka sedang mengadakan perbincangan.

Dia memberitahu SunSport: "Saya mendaapat panggilan telefon daripada seseorang yang bekerja buat Mike Tyson dan mereka bertanya sama ada saya berminat bertarung dengan Mike Tyson.

"Saya melihatnya berada dalam bentuk fizikal yang bagus. Dia berlatih dengan seorang daripada jurulatih lama saya, dia nampak sangat bagus. Dan saya seperti 'Yeah, sudah tentu saya berminat (bertarung)'.

"Kemudian saya menghubungi mereka dan selepas beberapa hari berlalu, tiada siapa yang menghubungi saya. Kemudian saya dapat satu lagi panggilan daripada rakan di Las Vegas yang juga rakan kepada pengurusan itu dan berkata, 'bolehkah saya bawa anda berdua berbincang?'

"Katanya 'Bagaimana jika awak bertarung dengan Mike Tyson?' dan saya cakap saya menyukainya. Saya sangat berminat. Saya hanya bertarung tahun lalu. Mari jadikan ia kenyataan, mari lakukan. Saya bersedia."

Ortiz, 45, menambah: "Jangan salah faham, Mike sangat ganas, sangat sukar dihadapi tetapi dia sudah lama tidak bertarung.

"Pelindung (latihan tinju) itu tidak membalas. Memang nampak bagus memukulnya sehingga seseorang memukul anda kembali. Bagi saya kemarahan dan dahagakan kemenangan akan menjadikan ia pertarungan, ia bukan 'pertunjukan' ketika anda hanya menunjukkan aksi," kata Ortiz.

Kali terakhir Ortiz bertarung ialah pada Disember apabila dia menewaskan bintang WWE, Alberto Del Rio pada pusingan pertama. - Agensi

Berita Harian X