Sabtu, 30 Mei 2020 | 2:34pm
Perlawanan ulangan antara Tyson Fury (kiri) dan Deontay Wilder Februari lalu. - Foto AFP
Perlawanan ulangan antara Tyson Fury (kiri) dan Deontay Wilder Februari lalu. - Foto AFP

Tumbukan Fury paling mahal

LONDON: Tyson Fury memperolehi £46 juta pound (RM246 juta) tahun lalu untuk muncul atlet sukan tempur paling kaya di dunia selepas beraksi hanya dalam tiga pertarungan.

Juara heavyweight itu bertarung tiga kali dalam masa 12 bulan terakhir dengan terkini menewaskan Deontay Wilder pada aksi ulangan Februari lalu.

Fury menerima £40 juta pound (RM214 juta) hasil hadiah wang kemenangan dan baki pendapatannya menerusi penajaan.

Petinju Britain itu menduduki ranking ke-11 dalam senarai ahli sukan berpendapatan paling tinggi dunia dikeluarkan Forbes, lima tangga di atas Conor McGregor dan lapan di hadapan Anthony Joshua.

Bekas juara dunia UFC dari Ireland, McGregor hanya sekali bertarung sejak 2018 ketika menewaskan Donald Cerrone dalam masa 40 saat pada Januari lalu.

Dia meraih £26 juta pound (RM139 juta) daripada pertarungan itu dan £13 juta pound (RM69 juta) hasil penajaan, £1 juta pound (RM5.36 juta) lebih mengatasi Joshua.

Senarai atlet paling kaya dikeluarkan Forbes menyaksikan bintang tenis Switzerland, Roger Federer mengungguli carta buat kali pertama dengan meraih £86 juta pound (RM461j) memintas Cristiano Ronaldo (£85j) and Lionel Messi (£84j). - Agensi

Berita Harian X