Khamis, 21 Mei 2020 | 11:23am

Putin janji bantu bapa Khabib

MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin menghubungi Khabib Nurmagomedov dan berjanji akan memberikan "rawatan terbaik" buat ayah petinju itu yang sakit tenat.

Abdulmanap dilaporkan mengalami serangan jantung akibat COVID-19 di Dagestan.

Dia terpaksa diletakkan dalam keadaan koma dan selepas sedar dia dilaporkan "tidak boleh bercakap".

Dan pengurus Khabib, Ali Abdelaziz mendedahkan bahawa Putin menghubungi bintang UFC untuk memberikan kata semangat supaya ayahnya segera pulih.

Bercakap kepada MMA Fighting, Abdelaziz berkata: "Presiden menghubunginya beberapa kali.

"Ia sedikit sebanyak memberikan kami rasa lega, tapi semuanya kehendak Allah dan kami perlukan semua pertolongan yang ada."

Abdelaziz juga mengesahkan bahawa Putin berjanji yang Abdulmanap akan menerima rawatan perubatan terbaik.

Katanya kepada ESPN: "Dia berjanji bapa Khabib akan menerima rawatan terbaik.

"Mesej pertama Khabib kepada semua orang di seluruh dunia ketika ini ialah kekal berada di rumah, untuk menghalang penularan coronavirus." - Agensi

Berita Harian X