Ahad, 29 March 2020 | 1:10pm
Gambar fail, diambil pada 25 Mac, 2020, orang melihat dari kawasan tinggi di Stadium Negara Jepun yang baru dibina, tempat utama untuk Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, hari selepas keputusan bersejarah untuk menangguhkan 2020 Sukan Olimpik Tokyo. - Foto AFP
Gambar fail, diambil pada 25 Mac, 2020, orang melihat dari kawasan tinggi di Stadium Negara Jepun yang baru dibina, tempat utama untuk Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, hari selepas keputusan bersejarah untuk menangguhkan 2020 Sukan Olimpik Tokyo. - Foto AFP

Olimpik Tokyo berlangsung Julai 2021

TOKYO: Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan pihak penganjur kini diperingkat akhir perbincangan bagi memuktamadkan tarikh baharu bagi Sukan Olimpik Tokyo 2020 dengan besar kemungkinan ia diadakan pada Julai tahun depan.

Temasya sukan terbesar dunia itu yang ditangguhkan minggu lalu susulan penularan COVID-19 kemungkinan besar akan bermula pada 23 Julai 2021 dan berakhir 8 Ogos, lapor media Jepun memetik sumber yang enggan namanya didedahkan.

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dan Presiden IOC, Thomas Bach mengumumkan penangguhan temasya itu minggu lalu selepas atlet seluruh dunia menyuarakan kebimbangan terhadap usaha untuk meneruskan temasya berkenaan biarpun berdepan risiko  tinggi.

Ia adalah penangguhan kali pertama dalam tempoh 124 tahun sejarah Olimpik moden meskipun Sukan Olimpik Tokyo 1940 dibatalkan kerana peperangan.

Penangguhan itu satu tamparan besar kepada Jepun yang sudah berbelanja besar walaupun pasaran kewangan dilihat positif dengan penangguhan itu dan sesetengah pelabur terus memberikan komitmen.

Menteri Ekonomi, Yasutoshi Nishimura berkata, kerajaan ketika ini sedang menyusun langkah rangsangan ekonomi yang dilaporkan terbesar dan akan mengambil kira penangguhan Sukan Olimpik pada tahun depan. - Reuters

 

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X