Selasa, 24 March 2020 | 4:34pm
Keputusan terakhir sama ada akan menangguhkan temasya Olimpik Tokyo tahun ini akan diambil dalam tempoh terdekat ini. - Foto AFP
Keputusan terakhir sama ada akan menangguhkan temasya Olimpik Tokyo tahun ini akan diambil dalam tempoh terdekat ini. - Foto AFP

Keputusan menunda Olimpik semakin hampir

ATHENS: Keputusan terakhir sama ada akan menangguhkan temasya Olimpik Tokyo tahun ini akan diambil dalam tempoh terdekat ini, kata dua sumber terdekat Olimpik kepada Reuters hari ini.

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dan penganjur Olimpik Tokyo kini berdepan tekanan untuk menangguhkan temasya itu berikutan penularan coronavirus (COVID-19).

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dan Presiden IOC, Thomas Bach akan mengadakan perbincangan menerusi telefon pada jam 11 pagi waktu GMT (jam 7 malam waktu Malaysia). - Reuters

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X