Rabu, 11 March 2020 | 9:14pm
Usain Bolt bakal menimang anak perempuan dengan pasangannya Kasi Bennet.
Usain Bolt bakal menimang anak perempuan dengan pasangannya Kasi Bennet.

Bolt bakal dapat anak perempuan

KINGSTON, Jamaica: Usain Bolt bakal menimang anak perempuan dengan pasangannya Kasi Bennet.

Jaguh Olimpik dan lelaki terpantas dunia itu, 33, memberitahu peminatnya yang dia bakal menjadi ayah kepada bayi perempuan dalam satu majlis gemilang.

Bolt dan Bennet, 30, melangsungkan majlis mendedahkan jantina kandungan itu di Peter’s Rock di Kingston.

Dalam satu rakaman video di media sosial Tik Tok, Bolt memeluk Bennet sambil berkata: “Saya baru melakukan pendedahan dan saya ayah kepada bayi perempuan.

“Mana-mana lelaki, mana-mana budak lelaki! Jangan main-main dengan saya.”

Pasangan yang belum berkahwin itu menjalin hubungan sejak enam tahun lalu. - AGENSI

Berita Harian X