Rabu, 11 March 2020 | 2:00pm
JANAMANJUNG Fellowship Ride (JMFR) ditangguh sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak penularan virus COVID-19
JANAMANJUNG Fellowship Ride (JMFR) ditangguh sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak penularan virus COVID-19

JMFR 2020 ditangguhkan

KUALA LUMPUR: Program kayuhan berbasikal santai anjuran Tenaga Nasional Berhad (TNB), Janamanjung Fellowship Ride (JMFR) yang dijadualkan berlangsung pada 29 Mac ini di Teluk Batik, Perak, ditangguhkan.

Ia sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelak penularan virus COVID-19.

TNB menerusi satu kenyataan hari ini, berkata langkah berkenaan sejajar dengan fokus penganjur yang mengutamakan kesihatan dan

keselamatan peserta.

Katanya, pengumuman berkenaan penganjuran acara itu akan dimaklumkan kemudian.

“TNB mengucapkan ribuan terima kasih kepada 1,500 peserta yang telah mendaftar untuk acara tersebut dan sebarang kesulitan amat dikesali.

“Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada sekretariat JMFR, Mohammad Aliff Mohd Sahimi di talian 05-6898182 atau emel aliff.sahimi@tnb.com.my,” kata kenyataan berkenaan

Berita Harian X