Jumaat, 19 Julai 2019 | 9:24pm
Atlet terjun negara, Wendy Ng. - NSTP/Osman Adnan
Atlet terjun negara, Wendy Ng. - NSTP/Osman Adnan

Tiada pingat dari Wendy di Gwangju

KUALA LUMPUR: Atlet terjun negara, Wendy Ng harus bekerja keras bagi meningkatkan prestasinya dalam tempoh setahun ini untuk menjadi pencabar pingat pada Sukan Olimpik 2020 menerusi acara 3 meter papan anjal.

Penerjun berusia 26 tahun itu jelas masih ketinggalan apabila menamatkan saingan di kedudukan kesembilan dalam aksi final acara itu pada Kejohanan Dunia FINA ke-18 di Gwangju, Korea Selatan, sebentar tadi.

Wendy yang sudah pun mengesahkan slot ke Tokyo 2020 hasil kejayaannya mara ke final selepas mengumpul keseluruhan 282.40 mata.

Pingat emas acara itu dimenangi juara Sukan Asia 2018, Shi Tingmao dari China yang mengumpul 391 mata manakala rakan senegaranya, Wang Han meraih perak dengan 372.85 mata.

Atlet terjun Australia meraih gangsa apabila mengunmpul 367.05 mata.

Selain Wendy, Malaysia turut meraih dua lagi slot ke Tokyo 2020 menerusi gandingan Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee yang meraih perak acara 10m platform seirama wanita.

Pandelela turut meraih tiket ke Olimpik melalui acara 10m platform individu.

Berita Harian X