Sabtu, 13 Julai 2019 | 5:58pm
Presiden baru Kesatuan Ragbi Malaysia, Datuk Shahrul Zaman Yahya (empat dari kanan) selepas pengumuman pemilihan pada mesyuarat Agung Kesatua Ragbi Malaysia 2019 di Kompleks Sukan Majlis Olimpik Malaysia, Wisma MOM. - NSTP/Owee Ah Chun
Presiden baru Kesatuan Ragbi Malaysia, Datuk Shahrul Zaman Yahya (empat dari kanan) selepas pengumuman pemilihan pada mesyuarat Agung Kesatua Ragbi Malaysia 2019 di Kompleks Sukan Majlis Olimpik Malaysia, Wisma MOM. - NSTP/Owee Ah Chun

Shahrul Zaman kekal terajui KRM

KUALA LUMPUR: Datuk Shahrul Zaman Yahya terus diberi mandat untuk menerajui Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) hari ini selepas dipilih sebagai presiden pada pemilihan badan induk itu bagi penggal 2019-2022.

Beliau yang menyandang jawatan itu sejak 2016 mengekalkan kedudukannya selepas menang dengan kelebihan lima undi, menewaskan Presiden Kesatuan Ragbi Kedah, Tan Sri Abdul Halim Karim apabila memperoleh 24 undi.

Jawatan timbalan presiden pula menyaksikan perubahan apabila Velayuthan Tan tidak dicalonkan semula dan jawatan itu menjadi milik Amir Amri Mohamad, yang juga naib presiden KRM bagi penggal lalu.

Presiden Persatuan Ragbi Negeri Terengganu itu memperoleh 26 undi menewaskan Presiden Persatuan Ragbi Kelantan, Datuk Tamunif Mokhtar yang mendapat 17 undi.

Pengarah pertandingan KRM, Mohamad Fahmy Abd Jalil pula memenangi kerusi naib presiden dengan memperoleh 37 undi, mengetepikan penyandang, Raimy Mohd Yusof yang meraih 21 undi.

Selain Mohamad Fahmy, turut memenangi jawatan naib presiden ialah Presiden Persatuan Ragbi Putrajaya, Mohd Zaki Shahran selepas mendapat 27 undi.

Empat ahli jawatankuasa dipilih daripada 10 calon bertanding pula adalah Timbalan Presiden Kesatuan Ragbi Johor, Lee Nyuk Fah (31); pengurus pasukan ragbi tujuh sebelah kebangsaan Sukan SEA 2019, Prof Madya Dr Ahmad Naim Ismail (24); Penolong Setiausaha Kesatuan Ragbi Kuala Lumpur, Mohd Khairulnizam Mohd Isa (22) dan Setiausaha Persatuan Ragbi Labuan, Ahmad Affendy Abdul Razak (21).

Semua undian dilakukan 43 perwakilan dari 18 ahli gabungan seluruh negara.

KEPUTUSAN:

Presiden -

1. Datuk Shahrul Zaman Yahya - 24 undi

2. Tan Sri Datuk Wira Abd Halim Karim -19

Timbalan Presiden -

1. Datuk Tamunif Mokhtar - 17

2. Amir Amri Mohamad - 26

Naib Presiden (2 Jawatan) -

1. Raimi Mohd Yusof - 21

2. Mohamad Fahmy Abd Jalil - 37

3. Mohd Zaki Shahran - 27

Ahli Majlis (4 Jawatan) -

1. Lee Nyuk Fah - 31

2. Dr. Ahmad Naim Ismail - 24

3. Ahmad Effendy Abdul Razak - 21

4. Mohd Najib Johan - 15

5. Muhammad Najib Hamzah - 12

6. Mohd Ezwan Jamil - 9

7. Idrus Ismail - 13

8. Mohd Norfazreim Imran - 15

9. Mohd Khairulnizam Mohd Isa - 22

10. Nur Suraimee Ahmad - 8

-- BERNAMA

Berita Harian X