Rabu, 10 Julai 2019 | 8:47pm
Pasukan bola sepak PPZ-MAIWP dan YAKEB mengadakan perlawanan persahabatan di KLFA Football Centre, malam tadi.
Pasukan bola sepak PPZ-MAIWP dan YAKEB mengadakan perlawanan persahabatan di KLFA Football Centre, malam tadi.

PPZ cadang lantik YAKEB ejen kutipan zakat

KUALA LUMPUR: Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) berhasrat melantik Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) sebagai ejen kutipan zakat badan itu. 

Ketua Pegawai Eksekutifnya Ahmad Shukri Yusoff berkata, pihaknya kini dalam peringkat perbincangan untuk melantik YAKEB sebagai ejen kutipan, pada masa sama membantu menyampaikan dakwah zakat kepada pihak berkepentingan selepas ini.

"Kami dalam perbincangan untuk melantik YAKEB sebagai ejen kutipan zakat, dan kalau disebut PPZ ini, ia memerlukan amil bertauliah,” kata Ahmad Shukri.

"Tapi pada masa sama kita juga melantik firma tertentu, syarikat tertentu untuk menjadi ejen kita seperti bank dan sebagainya.

"Pilihan kita untuk melantik YAKEB, pada masa sama menjadi ejen menyampaikan mesej dakwah zakat kepada pihak berkepentingan, namun ia masih dalam perbincangan."

PENYAMPAI Hot FM, Shuk Sahar, bergelar bapa buat kali kedua apabila isterinya melahirkan seorang puteri, awal pagi tadi. - NSTP/Mohd Khairul Helmy Mohd Din
PENYAMPAI Hot FM, Shuk Sahar, bergelar bapa buat kali kedua apabila isterinya melahirkan seorang puteri, awal pagi tadi. - NSTP/Mohd Khairul Helmy Mohd Din

Mengulas lanjut, Ahmad Shukri menjelaskan pada dasarnya YAKEB sudah bersetuju, namun masih mempunyai beberapa proses akhir sebelum ia dimuktamadkan kerana ia perlu diluluskan ahli lembaga pengarah pusat.

"Ejen itu bermakna ia seperti bank juga, menjadi orang tengah untuk kami mendapatkan bayaran zakat dan juga membuka ruang untuk menyampaikan dakwah zakat. Ada peratusan tertentu yang kita akan bayar kepada ejen kita, termasuklah YAKEB," katanya.

Sementara itu, Pengerusi YAKEB Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed berkata pihaknya bersetuju untuk dilantik sebagai ejen kerana ia dapat membantu mengeratkan hubungan bersama PPZ-MAIWP.

"Ia masih dalam perbincangan bagi mengetahui siapa yang layak kerana kita perlu mengetahui siapa asnaf dan sebagainya," kata Noorul.

Dalam perkembangan lain, Noorul turut memaklumkan pihaknya dijadual melancarkan jongkong emas (gold bar), Khamis minggu depan (18 Julai), memaparkan wajah bekas atlet negara serta pencapaian mereka dengan bekas atlet terawal dipilih adalah Datuk Malek Noor (bina badan), Datuk M.Rajamani (olahraga) dan Datuk Ng Joo Ngan (basikal).

Sementara itu, malam tadi PPZ-MAIWP dan YAKEB mengadakan perlawanan persahabatan yang berlangsung di KLFA Football Centre. Perlawanan berkenaan dimenangi PPZ-MAIWP dengan keputusan 5-4.

Turut berlangsung penyampaian sumbangan sebanyak RM2,000 sebagai sebahagian tanggungjawab sosial korporat (CSR) PPZ-MAIWP kepada YAKEB.

Berita Harian X