Selasa, 30 April 2019 | 1:29pm
PESERTA dilepaskan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga), Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC), Noor Afifah Abdul Razak dan Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal bukan Islam dan Kampung Baharu Perak, Yong Choi Kiong. - Foto TNB

1,400 berkayuh santai dalam hujan di TNB JMFR 2019

KUALA LUMPUR: Hujan berserta angin kuat tidak menghalang 1,400 penggemar sukan berbasikal dari dalam dan luar negara, memulakan kayuhan sejauh 121 kilometer di edisi ke-12 TNB Janamanjung Fellowship Ride (TNB JMFR) di Teluk Batik, Manjung, minggu lalu.

Malah, hujan berterusan selama hampir tiga jam menyebabkan kesemua peserta basah kuyup sejak di garisan permulaan sehingga penamat.

SEBAHAGIAN peserta yang mengambil bahagian. - Foto TNB
SEBAHAGIAN peserta yang mengambil bahagian. - Foto TNB

Selepas memulakan kayuhan di Taman Awam Teluk Batik, peserta menuju pekan Parit dan Ayer Tawar yang memaparkan pemandangan menarik Tanjung Belanja berhampiran Sungai Perak, sebelum kembali ke pantai pelancongan berkenaan.

Edisi kali ini bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-20 TNB Janamanjung Sdn Bhd (TNBJ) dan kewujudan Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah (SJSAS) di Manjung.

Ia menjadi lebih bermakna apabila Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga bakal meraikan ulang tahun ke-70 pada 1 September ini.

SEBAHAGIAN 1,400 penggemar sukan berbasikal dari dalam dan luar negara, memulakan kayuhan sejauh 121 kilometer di edisi ke-12 TNB Janamanjung Fellowship Ride (TNB JMFR) di Teluk Batik. - Foto TNB
SEBAHAGIAN 1,400 penggemar sukan berbasikal dari dalam dan luar negara, memulakan kayuhan sejauh 121 kilometer di edisi ke-12 TNB Janamanjung Fellowship Ride (TNB JMFR) di Teluk Batik. - Foto TNB

Semua peserta sama ada secara berkumpulan, berkeluarga mahu pun individu begitu teruja dengan acara santai berbasikal ini dengan ada yang tiba di tapak permulaan seawal 5.30 pagi sebelum mengambil sekitar lima jam untuk menamatkan kayuhan.

Mereka adalah penggemar aktiviti berbasikal daripada pelbagai lapisan masyarakat dengan termuda berumur 13 tahun manakala paling berusia mencecah 70 tahun dari dalam dan luar negara. Terdapat juga kalangan peserta orang kurang upaya seperti cacat penglihatan.

Peserta dilepaskan bersama oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga), Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC), Noor Afifah Abdul Razak dan Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal bukan Islam dan Kampung Baharu Perak, Yong Choi Kiong.

Hadir sama Ketua Pegawai Korporat TNB, Datuk Wira Roslan Ab Rahman; Ketua Pegawai Penjanaan TNB, Ir Roslan Abdul Rahman dan Pengarah Urusan TNBJ, Datuk Shamsul Ahmad.

PESERTA kayuh secara berkumpulan. - Foto TNB
PESERTA kayuh secara berkumpulan. - Foto TNB

Berita Harian X