Rabu, 23 Januari 2019 | 12:45pm
GAMBAR fail aksi Tiger Woods pada perlawanan Piala Ryder di Le Golf National Course, Paris, September tahun lalu. - Foto AFP
GAMBAR fail aksi Tiger Woods pada perlawanan Piala Ryder di Le Golf National Course, Paris, September tahun lalu. - Foto AFP

Woods tak sabar turun lapangan

LA JOLLA, Amerika Syarikat: Tiger Woods membuat kemunculan sulung musim 2019 awal pagi Jumaat ini dengan teruja untuk merangkul kejuaraan kelapan pada Terbuka Farmers Insurance di California.

Woods meninjau lapangan Torrey Pines kali pertama semalam apabila dia bermain sembilan lubang latihan bersama Jordan Spieth.

Ia kepulangan menggembirakan ke lapangan di tepi Lautan Pasifik, yang mana dia menang kejuaraan terakhir daripada 14 gelaran utama pada Terbuka AS lebih sedekad lalu.

“Saya tidak beraksi dalam jelajah sejak September lalu, jadi ia sudah agak lama dan tidak sabar untuk bermula, tidak sabar turun ke sana dan bermain,” kata Woods.

“Ini lapangan golf yang saya gemari. Jordan bertanya kepada saya hari ini ketika bermain, dia berkata, ‘Berapa lama anda tidak datang ke sini?’ saya kata, ‘lebih 10 tahun,’” jelas pemain berusia 42 tahun itu.

“Saya selalu juga datang ke sini. Ini kejohanan Jelajah PGA yang pernah saya hadiri bersama bapa saya ketika ia dikenali sebagai Kejohanan Andy Williams.

“Untuk menang di lapangan ini dan kejayaan yang saya nikmati, ia agak menyeronokkan dan tidak sabar untuk turun ke sana minggu ini.”

Dua belas bulan lalu, Woods tidak tahu apa yang boleh dijangkakan apabila dia kembali dalam usaha membuat kemunculan semula selepas hampir dua tahun dibelenggu kecederaan. Dia akhirnya menghuni tangga ke-23. - AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X