X
Rabu, 22 Ogos 2018 | 10:38pm
DARI kiri Tracie Ang, Tan Ing Yueh dan Farah Ann Abdul Hadi, menduduki tempat keenam pada pusingan akhir di kejohanan Sukan Asia 2018 Jakarta Palembang di Jiexpo Hall. - Foto Fathil Asri
DARI kiri Tracie Ang, Tan Ing Yueh dan Farah Ann Abdul Hadi, menduduki tempat keenam pada pusingan akhir di kejohanan Sukan Asia 2018 Jakarta Palembang di Jiexpo Hall. - Foto Fathil Asri

Gimnastik artistik di tempat keenam

JAKARTA: Skuad gimnastik artistik negara menamatkan saingan berpasukan akhir di kedudukan keenam secara keseluruhan, malam tadi.

Malaysia yang diwakili Farah Ann Abdul Hadi, Tan Ing Yueh dan Tracie Ang  mengumpul 140.100 mata pada saingan di Pusat Pameran Antarabangsa Jakarta, Kemayoran.

Malaysia paling cemerlang dalam senaman lantai apabila menduduki tempat kedua dengan mengumpul 35.050 mata.

Tiga lagi apparatus menyaksikan Malaysia berada pada kedudukan keenam dan ketujuh sekali gus menyumbang kepada kedudukan kedua tercorot.

Pada saingan akhir yang membabitkan lapan negara itu, pingat emas menjadi milik China (165.250 mata) diikuti Korea Selatan (157.350) dan Jepun (157.150).

Berita Harian X