Jumaat, 15 Jun 2018 | 10:02pm
Penyokong Iran.
Penyokong Iran.

Piala Dunia: Iran batal kebenaran

TEHRAN: Pihak berkuasa di sini membatalkan perancangan untuk membenarkan keluarga menyaksikan perlawanan Iran bertemu Maghribi di stadium dan juga taman awam di negara terbabit.

 

Negara republik itu mahu menjadi satu-satunya negara di dunia yang melarang penyokong daripada berkumpul di tempat awam untuk Piala Dunia kerana dikhuatiri akan berlakunya pergaulan antara lelaki dan wanita.

 

Pada awalnya, cadangan terbabit menimbulkan kegembiraan selepas pegawai Stadium Azadi Tehran mengumumkan keluarga boleh menyaksikan perlawanan terbabit bersama sama buat kali pertama di stadium itu.

 

Namun laman web sukan, Khabar Varzeshi menyatakan rancangan terbabit dibatalkan pada saat akhir tanpa sebarang penjelasan.

 

Bagaimanapun, pegawai stadium sedang berusaha untuk mendapatkan permit bagi baki aksi perlawanan di peringkat kumpulan membabitkan perlawanan bertemu Sepanyol dan Portugal.

 

Wartawan tempatan menyatakan mereka menerima mesej daripda Kementerian Sukan yang memaklumkan rancangan untuk menayangkan perlawanan menggunakan skrin layar besar di tempat awam turut dibatalkan.

 

Pihak berkuasa Iran mendapat kecaman di media sosial apabila mereka menaikkan papan iklan Piala Dunia yang memaparkan penyokong dari seluruh negara itu namun gagal meletakkan penyokong wanita.

 

Susulan kecaman itu, papan iklan terbabit sudah digantikan dengan rekaan baru yang turut menampilkan penyokong wanita berbaris bersama pasukan bola sepak Iran dan diberi nama Pasukan Melli.

 

- AFP

Berita Harian X